suria

‘Pelakon’ Turki godam Instagram Ramona Zamzam

Ramona Zamzam kehilangan 418,000 pengikutnya apabila akaun Instagram miliknya digodam. Foto Instagram @ramona_zamzam2019

PELAKON Ramona Zamzam terkejut apabila akaun Instagram miliknya yang digodam telah bertukar tangan kepada individu menggunakan profil pelakon dari Turki iaitu dikenali sebagai Mehmet Dindar.

Lebih mengecewakan kata Ramona, usaha bagi mendapatkan kembali akaun yang mempunyai 418,000 pengikut itu gagal apabila akaunnya itu sekali lagi bertukar tangan dan seterusnya menggunakan nama Tiryaki.

"Apabila menyedari akaun saya digodam, ada dalam kalangan rakan dan pengikut saya menghantar mesej kepada Mehmet dan dia ada membalas selain menyekat mereka.

Ramona terpaksa membuka akaun baharu menggunakan nama @Ramona_zamzam2019.

"Menyedari akaun saya dihujani dengan pelbagai komen, penggodam memadam profil menggunakan nama Mehmet dan menggantikan dengan Tiryaki namun ketika ini bahagian komen ditutup.

Bercakap lanjut mengenai kejadian itu, Ramonan memberitahu dia menyedari Instagramnya digodam pada Selasa lalu apabila penggodam bertindak menukar kata laluan dan memadam gambarnya.

Bagaimanapun kata Ramona, apabila dia membuat semakan pada bahagian informasi mengenai akaunnya, ia masih mengekalkan maklumat mengenai tarikh dia menyertai laman sosial itu, negara asal selain tidak pernah menukar nama profilnya sejak 2017.

Penggodam menukar dua kali pemilik akaun Ramona termasuk kepada pelakon Turki, Mehmet Dindar.

"Saya sudah menghantar permintaan kepada Instagram mengenai masalah ini dan masih menunggu respon daripada mereka.

"Apabila akaun saya mendapat pengesahan beberapa bulan lalu, mereka ada meminta nombor kad pengenalan, jadi saya yakin mereka masih ada data saya," katanya.

Buat masa ini, Ramona sudah pun membuka akaun Instagram baharu menggunakan nama @ramona_zamzam2019.

Ramona Zamzam, Instagram

Artikel Lain