Hael Husaini cemas terperangkap dalam kejadian rusuhan di Paris - Hiburan | mStar

Hael Husaini cemas terperangkap dalam kejadian rusuhan di Paris

Hael Husaini berhadapan detik cemas apabila terperangkap dalam tunjuk perasaan di Paris pada Sabtu lalu.

PENYANYI Hael Husaini berhadapan detik cemas apabila terperangkap dalam rusuhan di Paris, Perancis pada Sabtu.

Pengurusnya Taufik berkata, mereka yang sedang bercuti di beberapa negara Eropah itu terpaksa menyelamatkan diri apabila rusuhan menjadi diluar kawalan sehingga polis terpaksa menembak gas pemedih mata.

“Kami baru sahaja sampai dari Switzerland dan menuju ke kediaman kami. Dalam perjalanan itu banyak jalan ditutup polis, jadi kami terpaksa berjalan kaki 700 meter untuk ke rumah.

“Kawasan itu ditutup dan dijaga polis dengan kereta perisai. Kemudian bunyi tembakan bertalu-talu dan nampak orang bertempiaran lari ke arah kami.

“Rupa-rupanya gas pemedih mata dilepaskan, kami terpaksa lari menyelamatkan diri kira-kira sejam juga terpaksa ke hulu hilir selamatkan diri,” ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun Taufik bersyukur, dia dan Hael tidak mengalami sebarang kecederaan dalam tunjuk perasaan anti kerajaan itu.

Tambahnya, mereka bernasib baik dibantu oleh rakyat tempatan yang menyedari mereka adalah pelancong.

“Walaupun mereka sedang protes secara ekstrim tapi bila sedar kami datang untuk melancong mereka tolong dan bawa kami ke tempat selamat.

“Sejam selepas itu mereka bersurai dan kami dibenarkan naik ke rumah namun polis menasihatkan kami agar tidak ke mana-mana.

"Jadi semalaman kami duduk rumah sahaja... Makan dan minum apa yang ada sahaja dekat rumah ini,” ujarnya.

Hael Husaini , Paris

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain