Diana Danielle sambung belajar di Amerika, bawa suami dan anak-anak

Diana Danielle akan mengambil kursus dalam bidang penerbitan filem di Los Angeles tahun hadapan.

PELAKON Datin Diana Danielle memberitahu dia kembali menyambung pelajaran menerusi kursus jangka pendek di Amerika Syarikat sekitar Julai tahun hadapan.

Diana, 27, memberitahu dia akan mengambil kursus dalam bidang penerbitan filem di New York Film Academy (NYFA) kampus Los Angeles selama dua bulan.

"Insya-Allah sekiranya tiada sebarang masalah saya akan berangkat ke Los Angeles pada Julai tahun hadapan untuk mengambil kursus jangka pendek dalam bidang penerbitan filem.

"Memang sudah lama saya pasang hasrat untuk sambung belajar dan Alhamdulillah hasrat itu akhirnya bakal terlaksana," katanya.

Diana dan suami, Farid Kamil. Foto Instagram @dianadanielleb

Diana memberitahu kursus itu ditanggung sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sebagai imbuhan kemenangannya menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Hanyut) Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) tahun lalu.

Dalam pada itu, Diana berkata, pemergiannya ke Amerika turut disertai oleh suami, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil dan dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora.

"Memandangkan kursus itu mengambil masa dua bulan jadi rasanya lebih baik saya bawa keluarga bersama-sama.

"Sambil itu bolehlah kami bawa anak-anak melawat tempat menarik di Los Angeles dan mungkin akan kembali ke Malaysia pada hujung tahun," ujarnya.

Bercakap lanjut mengenai kursus itu, Diana berkata, dia mengambil penerbitan filem kerana memasang impian untuk menubuhkan syarikat produksi bersama Farid suatu hari nanti.

Diana berhasrat untuk memiliki syarikat produksinya sendiri.

"Farid memang orang seni dan dia juga pengarah... Jadi adalah lebih baik saya ambil kursus berkaitan penerbitan filem.

"Perancangan nak tubuhkan syarikat produksi itu memang ada dan mengambil kursus seperti ini adalah antara persediaan saya ke arah itu," ujarnya.

Diana turut memuji usaha Finas yang memberikan ganjaran kepada penggiat seni untuk menimba ilmu terutama di luar negara dan berharap ia akan diteruskan.

Untuk rekod, Diana pernah mengambil kursus lakonan di NYFA, Los Angeles sekitar 2011 sebelum menyambung pengajiannya dalam bidang Produksi Siaran Langsung di National Institute of Dramatic Art (NIDA), Australia pada 2013.

Diana Danielle, Farid Kamil

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain