suria

Bekas suami pesan... Fasha, Aidil jangan tunggu lama-lama

Pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz mengikat tali pertunangan pada Ahad. Foto Instagram @fashasandha & @kaki5photo

BEKAS suami kepada Fasha Sandha iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai berpesan agar aktres itu dan pelakon Aidil Aziz agar segera mendirikan rumah tangga.

Jejai turut mengucapkan tahniah selepas mereka mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada Ahad selain mendoakan kebahagian pasangan itu hingga ke jenjang pelamin.

"Tahniah kepada anda berdua atas pertunangan hari ini (Ahad). Semoga ia memberi kalian kegembiraan dan seterusnya ke jenjang pelamin, Insya-Allah. Jangan tunggu lama-lama," tulisnya di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Aidil Aziz, Fasha Sandha selamat bertunang dalam satu majlis sederhana

Gambar kenangan bersama anak-anak Fasha pada hari pertunangan mereka.

Pasangan itu melangsungkan pertunangan di kediaman Fasha di Ampang, Selangor yang hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat.

Aktres itu disarungkan sebentuk cincin tanda pertunangan oleh ibu Aidil iaitu Rokkiah Md Noor sambil disaksikan oleh ayah Aidil, Abdul Aziz Ishak dan kaum keluarga yang datang dari Rembau, Negeri Sembilan.

Pihak lelaki membawa tiga dulang hantaran dan berbalas lima dulang daripada pihak Fasha.

Fasha pernah berkahwin dengan Jejai pada 27 April 2012 namun ia berakhir dengan perceraian pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 4 dan Putri Raysha Jemyma, 3 tahun.

Fasha Sandha, Jejai, Aidil Aziz

Artikel Lain