suria

Janganlah kata saya dulu ‘sendu’ - Amelina kecil hati hinaan pereka fesyen

Amelina akan selesai isu baju selepas Gegar Vaganza berakhir. Foto Instagram @amelinaamirsharipuddin

PENYANYI Amelina berkecil hati apabila membaca kenyataan negatif yang dikeluarkan pereka fesyen Razman Razmi selain menyifatkan ia sebagai satu penghinaan terhadap dirinya.

Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin, 44, berkata, dia tidak kisah jika pereka fesyen berkenaan hanya menyentuh mengenai isu baju, namun dia terkilan apabila soal peribadi turut dikait sama.

"Sejujurnya, saya tak kisah kalau dia cakap tentang isu baju tapi jangan hina personal keadaan hidup saya, kalau 'sentap' bab baju, janganlah sampai keluar cerita bukan-bukan kata saya dulu 'sendu' (tiada tawaran) dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suruh buat baju... Akhirnya tak nak pakai! ‘No more’ Amelina!

"Sebabkan salah sikit sahaja, dia keluar kenyataan menghina saya dan pengurusan. Kecil hati saya bila dia cakap fasal peribadi dan kata sendu itu," ujarnya kepada mStar Online.

Amelina ditemui sejurus Konsert Akhir Gegar Vaganza kelima (GV5) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini malam Ahad.

Amelina bersama pereka fesyen Razman Razmi.

Penyanyi lagu Semakin Rindu Semakin Asyik meraih tempat keempat dalam pertandingan nyanyian itu.

Kemenangan itu membolehkan dia memperoleh wang tunai RM20,000.

Untuk pentas akhir GV5, Amelina menggayakan pakaian rekaan pereka fesyen Jimmy Couture.

Sementara itu, Amelina berkata isu yang terjadi itu adalah kerana salah faham dan pihak pengurusannya akan menjelaskan mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat.

"Sebenarnya semua salah faham antara kami, dia merajuk secara tiba-tiba dan keluarkan kenyataan. Saya tak tahu apa cerita padahal salah sikit saja, nanti kita akan jelaskan apa berlaku tak lama lagi.

Amelina bersama pihak pengurusan Mind Order.

"Bukan diamkan diri, cumanya saya sibuk dengan GV, jadi kita fokus dengan pertandingan ini dulu, lepas program ini nanti saya dan pihak pengurusan akan selesaikan mengikut cara yang sesuai," katanya.

Menerusi laporan mStar Online pada 12 November lalu, pereka fesyen Razman Razmi kesal dengan pihak Amelina yang enggan memakai busana yang telah direka untuknya bagi menyertai separuh akhir GV5.

Razman berkata, dia amat kesal kerana Amelina dan pihak pengurusan artis berkenaan sebenarnya telah meminta dia menghasilkan sepasang busana dan telah bertungkus lumus membuatnya namun pada saat-saat akhir, mereka memilih pakaian daripada pereka fesyen lain.

Dia turut memuat naik status di Instagram mengkritik pihak Amelina dan pengurusan artis itu kerana tidak memberi kerjasama yang baik dalam urusan penyediaan pakaian dalam pertandingan berkenaan.

Razman Razmi Kuala Lumpur merupakan butik yang menaja pakaian penyanyi dangdut itu dari awal promosi sehingga minggu kelima konsert GV5.

Amelina, Gegar Vaganza

Artikel Sebelum

Artikel Lain