suria

Sebelum ni suka lelaki rambut panjang, kali ni Nabila Razali cari lelaki berparut pula

Nabila Razali bakal melancarkan single terbaharunya pada Oktober depan. Foto RAYMOND OOI

SEBELUM ini nama penyanyi Nabila Razali menjadi perhatian apabila dia memberitahu sedang mencari lelaki berpewatakan nakal dan berambut panjang sebagai teman.

Masih belum menemui lelaki yang diidamkan, Nabila, 26, nampaknya sudah berubah selera.

Tidak lagi mahu lelaki berambut panjang, penyanyi lagu Pematah Hati itu kini tertarik dengan lelaki yang mempunyai parut di wajah.

Nabila turut memuat naik gambarnya yang dicantum dengan foto pelakon Noah Centineo yang mempunyai parut di bahagian dagu.

"Meet my new boifreng! #TakNakRambutPanjangDah #NakMukaBerparutNow #toalltheboysivelovedbefore," tulisnya pada kapsyen gambar itu di Instagram miliknya.

Perkongsian Nabila di Instagram. 

Obsesi itu gara-gara populariti novel berjudul To All The Boys I've Loved Before yang dijadikan sebuah filem untuk siaran Netflix.

Filem itu menampilkan Noah yang memegang watak sebagai Peter Kavinsky disamping aktres, Lana Condor.

Menerusi ruangan komen gambar itu, ada di antara pengikut lelakinya secara berjenaka melahirkan rasa kecewa terhadap Nabila kerana telah menyimpan rambut panjang demi memenuhi kriterianya.

Malah ada pula yang sanggup untuk menoreh wajah sendiri bagi mendapatkan ciri-ciri diidamkan penyanyi itu.

Noah Centineo popular menerusi filem To All The Boys I've Loved Before.

"Alamak jangan la. Hari tu kata suka rambut panjang. Penat bela tau. Sekarang dah panjang bahu ni.

"Pakcik aku dah simpan rambut panjang-panjang. Lepas ni kena toreh muka pulak dah. Jangan tukar-tukar dah lepas ni. Kesian pakcik aku," antara komen pengikutnya.

Pun begitu, ada juga menganggap walaupun Nabila hanya berjenaka namun dia sebenarnya seorang wanita yang sukakan lelaki ringas tetapi kemas.

"Ni sebenarnya suka lelaki simple kan tapi nampak kemas, cool!," komen peminatnya.

Kenyataan Nabila yang ingin mencari lelaki berambut panjang sebelum ini sebenarnya adalah untuk ditampilkan dalam muzik video single terbaharunya yang akan dilancarkan pada Oktober depan.

Nabila Razali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain