Kontroversi peluk mencemarkan maruah, bukan gimik – Ismail Izzani - Hiburan | mStar

Kontroversi peluk mencemarkan maruah, bukan gimik – Ismail Izzani

Ismail menafikan kontroversi itu sebagai gimik untuk mempromosikan lagu baharunya. Foto @suriyabonma

PENYANYI Ismail Izzani menyangkal dakwaan netizen bahawa dia mengambil kesempatan terhadap kontroversi melandanya baru-baru ini bagi mempromosikan single terbaharu, Bidadari.

Ismail menjelaskan isu panas tersebut tidak memberi sebarang kebaikan kepada kariernya malah ia hanya mencalarkan imej dan maruahnya sebagai penyanyi.

"Saya tak perlu gimik-gimik macam ini untuk promosi lagu kerana isu itu membabitkan maruah dan hanya memalukan sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Tersebar foto berpeluk, Ismail Izzani kesal dan mohon maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Isu peluk Zarina bikin Ismail tak tenang, sukar tidur malam

"Sebaliknya, boleh menutup punca rezeki saya sebagai penyanyi, ia bukan gimik yang direka-reka dan saya tak perlu kontroversi itu!," katanya kepada mStar Online.

Ismail diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya dia mencipta kontroversi tersebut bagi mempromosikan lagu terbaharunya itu.

Sebelum ini, penyanyi berusia 18 tahun ini menjadi bualan hangat netizen apabila aktres Fathia Latiff berkongsi foto di laman Instagram memperlihatkan Ismail seakan-akan sedang memeluk Zarina Anjoulie di sebuah kelab malam.

Selepas tersebarnya gambar berkenaan, Ismail membuat permohonan maaf dan memberitahu akan dia akan berkongsi cerita sebenar apabila tiba waktunya kelak.

Ismail kesal dengan apa yang berlaku dan memohon maaf.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sabar ini memberitahu pelancaran single baharunya itu terpaksa ditunda disebabkan kontroversi tersebut.

"Kalau ikut perancangan bulan ini lagu itu dilancarkan tapi sebab isu-isu begini terpaksa ditunda pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

"Sekarang ni saya nak rileks dulu dan biar benda ni selesai, baru kita akan fokus dengan kerja.

"Mujurlah syarikat label muzik memahami situasi yang sedang berlaku dan mereka terus memberikan sokongan kepada saya," katanya.

Ismail Izzani

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Blok Azmin sertai Bersatu - Sumber