suria

Menginjak usia 20 tahun, anak Nourul, Ajai dipuji semakin cantik

Nourul bangga dapat anak seperti Ayu.

PENYANYI Nourul Wahab memuat naik foto terbaharu anak sulungnya Ayu Nazirah yang kini berusia 20 tahun mendapat perhatian netizen.

Nourul atau Noorul Huda Abdul Wahab, 40, yang berkongsi ucapan ulang tahun hari lahir itu turut memuat naik beberapa foto kenangan ketika sedang mengandung dan membesarkan anaknya itu.

"Anakku, kamu kini sudah berusia 20 tahun. Saya berbangga mempunyai anak seperti kamu.

"Hari ini saya akan penuhi timeline hanya tentang kamu. Saya sayang kamu dan berseronoklah pada hari istimewa ini," tulisnya.

Nourul kongsi foto kenangan.

Ayu merupakan anak hasil perkahwinan Nourul dengan suami pertamanya iaitu komposer, Ajai.

Rata-rata memuji kecantikan anak gadisnya penyanyi itu yang kini semakin meningkat dewasa.

Segelintir juga menyifatkan Ayu mewarisi kejelitaan wajah ibunya.

Dalam entri lain, Nourul juga berkongsi sepanjang membesarkan anak sulungnya itu dia tidak mempunyai pembantu rumah sehingga bayi tersebut berusia dua tahun.

Dia juga mendedahkan anaknya takut dengan Ajai kerana terlalu tegas sehingga membuatkan hubungan mereka lebih rapat.

Nourul akui Ayu bukan sahaja anak malah kawan baiknya.

"Ayu usia tiga bulan masa tu nak pergi show dekat Sungai Buloh. Susah nak tinggal si anak dara botak saya! Ayu baby yang sangat baik.

"Letak saja depan TV, tahulah dia main sendiri. Letak je permainan. Jadi saya takde pembantu rumah dari mula kahwin sampai usia Ayu dua tahun lebih.

"Bila dah sibuk dengan album duet baru ambik arwah kak Sabariah bekerja. Dia banyak membantu. Ayu sangat takut dengan papanya yang tegas. Jadi itu membuatkan kami lebih rapat bersama," tulisnya.

Nourul berkahwin dengan Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007.

Selepas itu, Ajai mendirikan rumah tangga bersama Norliza Ilias pada 15 Ogos 2009 manakala Nourul pula melangsungkan perkahwinan bersama Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012.

Hasil Nourul dengan perkahwinan keduanya, mereka dikurniakan dua orang anak.

Ajai, Nourul Wahab, Ayu Nazirah

Artikel Lain