suria

Hubungan dengan kekasih baik tapi belum ada tarikh nikah - Idris Khan

Idris mahu mengadakan majlis pernikahan secara bersederhana. Foto: ART CHEN.

PETALING JAYA: Pelakon Idris Khan memberitahu hubungan dengan kekasihnya, Sanaa Jeljalane masih dalam keadaan baik.

Idris atau nama sebenarnya Idris Khan Abdul Ghaffar Khan, 30, berkata buat masa kini dia masih belum mempunyai tarikh untuk melangsungkan pernikahan.

Menurutnya, dia ingin mengadakan majlis secara sederhana di mana semua orang yang penting dapat hadir di hari bahagianya.

"Hubungan saya dan dia baik-baik sahaja. Kami masih belum ada tarikh yang sesuai. Saya tak nak buat secara terburu-buru.

"Nak rancang secara perlahan sahaja supaya semuanya berjalan dengan baik. Saya nak adakan majlis kecil dan sederhana sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Idris Khan Pilih Januari Nikah Wanita Maghribi


Idris sepatutnya bernikah dengan Sanaa pada 20 Januari lalu.

"Kalau boleh semua orang yang saya nak ada bersama, kena hadir. Sebab itu ambil masa sedikit kerana melibatkan semua orang punya jadual," katanya kepada mStar Online.

Idris ditemui ketika sidang media tiga drama bersiri Salon, The Bridge dan Jibril di Metal Bees Production House, di sini baru-baru ini.

Sebelum ini, pelakon drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin menetapkan tarikh pernikahannya 20 Januari lalu bagaimana telah menundakan majlis tersebut.

Dalam pada itu, Idris pertama kali membintangi drama bersiri yang boleh dikatakan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.

Menurut Idris, dia menerima tawaran tersebut kerana menganggap ia satu peluang untuk mencuba sesuatu kelainan sebagai seorang pelakon.

Idris Khan.

"Sebagai seorang pelakon di Malaysia, kita kena cari sesuatu yang baru untuk diterokai.

"Kebetulan saya boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, dapat peluang untuk berlakon dalam drama bersiri yang boleh dikatakan menggunakan bahasa itu sepenuhnya.

"Alhamdulillah, drama itu sangat bagus. Penonton juga akan nampak kelainan diri saya sebagai seorang pelakon," ujarnya.

Selain Idris, drama bersiri Salon itu menampilkan pelakon seperti Julia Farhana dan Iman Corrinne.

Drama arahan pengarah, Kabir Bhatia itu mula ditayangkan pada 17 September ini di saluran digital Viu Malaysia dan Ntv7.

Idris Khan

Artikel Lain