Bront Palarae hairan promosi One Two Jaga kena maki netizen - Hiburan | mStar

Bront Palarae hairan promosi One Two Jaga kena maki netizen

Bront berasa hairan apabila promosi filem One Two Jaga dipertikaikan netizen.

PELAKON Bront Palarae hairan apabila ada netizen tidak puas hati apabila filem One Two Jaga mendapat perhatian di laman sosial.

Bront, 40, berkata sedemikian selepas menerima komen pemilik akaun Twitter bernama Muhd Syazwan yang mempertikaikan terlalu banyak promosi terhdap filem tersebut.

"Bila tak riuh kata marketing, bila orang banyak bercakap kena maki pula," tulis Bront.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lepas ni saya buat filem lucah, mungkin itu rakyat Malaysia mahu” - Namron


Individu tersebut telah memadam status negatif mengenai promosi filem One Two Jaga.

Individu tersebut meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila laman Twitter dipenuhi dengan promosi filem arahan pelakon Namron itu.

"Semak ba** la TL (timeline) penuh dengan OneTwoJaga pala ba** apa ni," katanya.

Bagaimanapun, status yang dimuat naik individu tersebut telah dipadam selepas menerima kecaman netizen yang mempersoalkan tindakannya itu.

Sebelum ini, pengarah filem itu turut meluahkan rasa kecewa dengan sambutan hambar terhadap filem tersebut yang mula ditayangkan pada Khamis lalu.

Namron luah rasa kecewa dengan sambutan hambar filem arahannya.

Namron berkata, sokongan yang ditunjukkan di media sosial untuk menonton filem berkenaan hanyalah sekadar kata-kata manis sahaja.

Katanya, dia tidak mengharapkan pujian di laman sosial mahupun menang mana-mana anugerah sebaliknya, mahu masyarakat datang ke panggung untuk menghargai sesebuah karya.

Filem tersebut dibintangi oleh Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Rosdeen Suboh, Kin Wah Chew, Iedil Putra, Timothy Castillo dan pelakon Indonesia, Ario Bayu serta Asmara Abigail.

One Two Jaga mengisahkan pendatang asing tanpa izin Indonesia dan Filipina, pergaduhan dan peras ugut iaitu perkara yang berlaku dan diceritakan orang disekelilingnya.

Sehingga hari ini, filem itu mendapat kutipan sebanyak RM60,000 dan terdapat lima pawagam yang telah menghentikan tayangan.

Bront Palarae , Namron , One Two Jaga

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain