suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kalau Tidak, Mesti Mangsa Basikal Lajak Ni 'Terperosok' Bawah Kereta Shahrol

Shahrol mendapat perhatian apabila membantu geng basikal lajak yang terjatuh di jalan raya baru-baru ini.

PELAWAK Shahrol (Shiro) mendapat perhatian pengikutnya di Instagram apabila memuat naik video dia membantu seorang kanak-kanak dipercayai geng 'basikal lajak' yang terjatuh di tengah jalan raya.

Menerusi video tersebut, Shahrol dilihat cuba memapah kanak-kanak lelaki itu yang tertiarap sambil memegang bahagian kanan perutnya.

Budak lelaki itu yang kesakitan kemudiannya berpaut pada peha Shahrol sebelum pelawak itu membantunya bangun untuk dibawa ke tepi jalan.

Seorang rakan kanak-kanak itu juga turut cuba membantunya sebelum sebuah motosikal turut berhenti untuk menghulurkan bantuan.

Menceritakan detik kejadian, Shahrol atau Shahrol Azizie Azmi, 33, berkata, dia pada awalnya ternampak lima orang kanak-kanak membawa basikal meneruni sebuah bukit dan rakannya mengambil keputusan untuk merakamkan aksi mereka.

Seorang kanak-kanak dipercayai geng basikal lajak terjatuh di tengah jaln raya.

Bagaimanapun mereka terkejut apabila salah seorang daripada kanak-kanak itu terjatuh di tengah jalan sebelum dia memberhentikan kenderaannya untuk membantu.

"Adik, abang tahu hati adik kering... hati kering biar kena tempat!

"Kalau abang laju dah tentu awak dekat bawah kereta dan abang ke dalam dulu untuk bantu siasatan," tulisnya.

Dalam pada itu, Shahrol menyeru kepada ibu bapa agar memantau aktiviti anak masing-masing kerana mereka adalah harta tidak ternilai.

"Kepada ibu bapa, saya minta tolong sangat-sangat, pantaulah anak-anak anda. Mereka adalah harta yang tidak ternilai buat kita.

"Kepada adik-adik basikal lajak, kalau kawan tanya 'nak berembat on tak on? Jangan kasi on! Adik-adik mampu merubahnya," tulisnya lagi.

Shahrol Shiro, Basikal Lajak

Artikel Sebelum

Artikel Lain