suria

Jihan Sembunyikan Rahsia Bimbang Dikecam Nabil, Ramli MS

SIAPA sangka percubaan kali pertama pengacara dan pelawak Jihan Muse mencuba nasib sebagai penyanyi nampaknya membuahkan hasil positif.

Lagu berjudul Adiwarna yang dilancarkan di YouTube sejak tiga hari lalu mendapat pujian peminat yang tidak menyangka mutu vokalnya setanding dengan penyanyi sedia ada.

Rata-rata menyifatkan Jihan mempunyai suara yang merdu selain berpotensi untuk perji jauh dalam bidang nyanyian sekiranya dia benar-benar serius ke arah itu.

"Jihan sangat berbakat. Mengacara, berlakon, berlawak dan sekarang menyanyi. Dari orang hina dia, sampai sekarang saya masih setia menjadi peminatnya.

"Lagu yang sangat sedap dan suara Jihan pun merdu. Seronok kalau dengar dalam kereta lagu ni.

Jihan dan Ungku Hariz baru sahaja menimang cahaya mata lelaki pada 25 Januari lalu.

"Pertama kali dengar sampai sekarang terniang-niang lagu ini dalam kepala," tulis beberapa peminat di ruangan komen di YouTube.

Lagu gubahan Aiyad Sakti dan Ijoo Omar itu sehingga kini sudah pun mendapat lebih 150,000 tontonan.

Adiwarna ditujukan khas kepada anak lelakinya yang dilahirkan pada 25 Januari lalu selain digunakan sebagai lagu tema program Hi Mommy Jihan.

Sementara itu, Jihan mendedahkan dia merahsiakan mengenai lagu itu daripada pengetahuan dua sahabat baiknya iaitu Nabil Ahmad dan Datuk Ramli MS kerana bimbang dikecam mereka.

Kata Jihan, projek lagu itu adalah sekadar suka-suka dan berharap peminat tidak mengharapkan dia menyanyi seperti mana versi rakaman.

Jihan memberitahu dia merakamkan lagu Adiwarna hanya sekadar suka-suka.

"Janganlah harapkan saya menyanyi macam dalam video itu sebab itu rakaman, sah-sah ada banyak tapisannya.

"Nyanyian 'live' saya masih seperti di Gegar Vaganza. Saya bukan penyanyi dan ini pun projek suka-suka dan hadiah untuk baby," katanya.

Jihan memberitahu dia merakamkan lagu tersebut ketika kandungannya memasuki usia lima bulan.

Kata Jihan, dia mengambil masa selama empat jam di studio untuk menyiapkan lagu tersebut dengan bantuan penyanyi Ronnie Hussein sebagai pelatih vokalnya.

"Dari pukul 10 malam hingga dua pagi di studio. Tukang jaga vokal adalah Ronnie Hussien dan terima kasih kepadanya kerana tidak berputus asa!," ujarnya.

Jihan Muse, Adiwarna

Artikel Lain