suria

Kongsi Foto Di Hospital, Sharnaaz Terima Ucapan Tahniah

Foto Sharnaaz dan isterinya, Noor Nabila di hospital menjadi perhatian peminatnya. Foto Instagram @noornabila

PETALING JAYA: Tindakan berkongsi foto di sebuah pusat perubatan, pasangan romantik Sharnaaz Ahmad dan isterinya iaitu Noor Nabila menarik perhatian netizen pada petang Sabtu.

Foto tersebut telah menimbulkan desas-desus kononnya kakak kepada pengacara, Neelofa itu kini sudah pun berbadan dua.

Noor Nabila menerusi kapsyen gambar tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada individu yang memberi perkhidmatan terbaik kepadanya.

"Thank you Kak Ena (Ghazlina Ghazali) for the best and superb hospitality and customer service. Sentiasa bersedia membantu walaupun off day. Salah satu sebab saya pilih #princecourtmedicalcentre," tulisnya.

Pengacara Awal Ashaari turut mengucap tahniah kepada pasangan ini.

Sementara itu, beberapa selebriti termasuk rakan baik mereka iaitu Awal Ashaari mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Foto berkenaan turut mendapat lebih 21,000 tanda suka dan 137 komen yang rata-rata mengucapkan tahniah serta memberi kata-kata semangat kepada Sharnaaz dan Noor Nabila.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada pengesahan daripada Sharnaaz mahupun Noor Nabila berkaitan perkara itu.

Sharnaaz bergelar suami kepada Noor Nabila Mohd Noor pada 31 Mac 2017 dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Hotel Royale Chulan, di sini.

Artikel Lain