suria

Fattah, Fazura Kahwin Dalam Masa Terdekat

Fazura dan Fattah menemui pihak media bagi menjelaskan status hubungan mereka sebaik pulang dari Makkah. - Foto DARRAN TAN

AKHIRNYA segala spekulasi dan persoalan mengenai status sebenar hubungan pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura  terjawab selepas pasangan itu mengaku mereka sudah bertunang. 

Sejurus pulang daripada mengerjakan Umrah, Fattah, 27, dan Fazura, 34, tampil mengesahkan mereka melangsungkan majlis itu pada 13 November lalu di rumah nenek Fazura di Petang Jaya dan bukan bernikah seperti yang diperkatakan. 

"Alhamdulillah, pada 13 November lalu, keluarga saya telah menghantar rombongan merisik dan bertunang. 

“Saya dah Fazura memang merancang untuk bertunang sebelum menunaikan Umrah. Kami belum lagi bernikah seperti yang diperkatakan,” kata Fattah kepada pihak media. 

Pasangan ini ditemui di sidang media berhubung isu perkahwinan rahsia mereka di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada Khamis.  

Fattah dan Fazura akan berkahwin dalam masa terdekat dalam satu majlis tertutup.

Tambah Fattah lagi, mereka juga mahu melalui proses perkahwinan seperti orang lain namun pelbagai spekulasi yang timbul ketika mereka berada di Tanah Suci.

“Saya dan Fazura juga mahu melalui proses perkahwinan seperti orang lain. Daftar kursus kahwin dan uruskan dokumen kahwin. 

“Kami mahu berkongsi berita gembira ini selepas kami pulang tapi banyak pula spekulasi yang timbul,” ujarnya. 

Pasangan ini juga menafikan pada 14 November lalu ada majlis pernikahan seperti yang dihebohkan. 

“Pada 14 November lalu hanya ada majlis kesyukuran dan doa selamat sempena kami bakal mengerjakan umrah. 

“Tidak ada majlis pernikahan yang seperti dihebohkan ramai,” katanya.

Pihak media tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan berita terkini hubungan Fattah dan Fazura yang dikatakan bernikah dalam diam.

Fattah dan Fazura merancang untuk melansungkan perkahwinan mereka dalam masa terdekat namun resepsi akan diadakan pada tahun depan. 

Mereka juga merancang untuk mengadakan majlis nikah secara tertutup namun tetamu lain termasuk pihak media akan diundang pada majlis resepsi. 

Terdahulu, tersebar khabar angin Fattah dan Fazura memilih tarikh 13 November 2017 untuk bertunang namun apabila tiba tarikh itu, tiada pengumuman mengenainya dibuat. 

Fattah dan Fazura menunaikan Umrah di Makkah bersama keluarga masing-masing dan berlepas pada pagi 15 November lalu. 

Gosip mereka sedang menjalinkan hubungan cinta mula timbul semenjak pasangan ini ditemukan dalam drama Hero Seorang Cinderella pada penghujung Mei lalu.

Fattah, Fazura

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain