suria

Alvin Chong Kini Penyanyi Bawah Universal Music

Alvin percaya dengan pengurusan baharu ini bagus untuk peningkatannya.

SETELAH sekian lama menguruskan kerjaya seni sendiri, pelakon dan penyanyi, Alvin Chong kini bernaung bawah pengurusan 360 milik Universal Music Malaysia untuk bergelar seorang penyanyi.

Alvin, 26, berkata, dia mengambil keputusan itu untuk memastikan kerjayanya lebih kukuh dan mempunyai impak yang lebih besar dengan menyertai syarikat rakaman itu.

"Sudah beberapa tahun saya uruskan sendiri kerjaya seni dan ia berjalan dengan baik.

"Tapi saya percaya kerjaya saya akan beranjak ke peringkat yang lebih bagus apabila bernaung di bawah pengurusan Universal Music," ujar Alvin kepada mStar Online.

Alvin kini diuruskan syarikat rakaman Universal Malaysia. Foto Instagram @alvinchong123.

Menurut pelakon yang mencipta nama menerusi drama Suri Hati Mr Pilot itu, dia juga mengambil keputusan untuk menandatangani kontrak bersama syarikat itu kerana jadual kerjanya yang semakin padat.

Ujar Alvin, dia kini tidak lagi perlu risau kerana semuanya akan diuruskan oleh syarikat pengurusannya.

"Dulu saya buat sendiri sahaja. Tapi sekarang jadual pula makin padat. Saya mula sedar bahawa saya tak mampu untuk melakukan semuanya. Sebab itu saya terima kontrak ini," kata Alvin.

Dalam pada itu, Alvin akan melancarkan single baharu berjudul Mencintaimu menjelang penghujung November ini.

Alvin Chong.

Menerusi lagu itu, Alvin berkoloborasi dengan Sid Murshid, yang juga artis bawah naungan Universal Music.

Tambah membanggakan, lagu itu sudahpun dipilih sebagai salah satu lagu runut bunyi drama bersiri Coffee Prince yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Selain Alvin, pelakon dan penyanyi, Fazura, juga berada di bawah pengurusan 360 milik Universal Music.

Dalam pada itu Pengarah New Business Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, pihaknya bercadang untuk mengembangkan bakat Alvin selepas melihat kejayaan yang diraih oleh Fazura.

"Saya lihat Fazura mampu menembusi pasaran di luar Malaysia. Jadi, saya yakin Alvin juga mampu melakukannya bersama kami.

"Kami juga telah berbincang dengan beberapa pihak. Selepas ini kami mahu bawa Alvin ke rantau Asia dan antarabangsa," ujar Kim.

Alvin Chong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ella Pilih Lagu Setengah Tahun

Artikel Lain