suria

Hazami Kagum Perjuangan Aiman Tino

Hazami kagum dengan sikap tidak mudah putus asa penyanyi baharu, Aiman Tino. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

BINTANG Gegar Vaganza musim keempat (GV4) Hazami mengagumi usaha penyanyi baharu Aiman Tino dalam mengembangkan karier nyanyian dan perniagaan.

Hazami atau Norkamal Hazami Ahmad, 42, berkata, dia tertarik dengan strategi penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu dalam meneruskan perjuangan sebagai anak seni.

"Sejujurnya, saya kagum dengan semangat Aiman Tino dalam mengembangkan karier nyanyian termasuklah bidang perniagaan yang diceburi.

Hazami mengagumi semangat dan kesungguhan yang ada pada Aiman Tino.

"Aiman menggunakan ruang serta peluang yang ada dan tidak takut mencuba sesuatu perkara yang baru meskipun dia masih 'hijau' dalam industri hiburan.

"Malah, Aiman sentiasa berfikiran positif dan tidak mempedulikan komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya" katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Hazami berasakan penyanyi berusia 19 tahun itu bijak menggunakan laman sosial dalam usaha menarik lebih ramai peminat.

Biarpun sudah bergelar penyanyi senior, Hazami beranggapan tidak salah untuknya mempraktikkan cara yang sama.

Hazami terbuka bekerjasama dengan mana-mana bakat baharu.

"Aiman pandai mengunci hati peminat dan melayan mereka tanpa rasa jemu.

"Tak salah kalau saya jadikan penyanyi muda ini sebagai contoh dari sudut perhubungan antara peminat dan artis," ujarnya.

Ditanya sama ada dia bersedia bekerjasama dengan bakat baharu tersebut, penyanyi lagu Sonata Musim Salju ini bersikap terbuka.

Persembahan Hazami di GV4 minggu keempat bersama Azharina menerusi lagu Jangan Pisahkan mendapat pujian juri profesional, minggu lalu. Foto Instagram: @hazamiofficial

Baginya, tidak salah untuk berkongsi idea mengenai muzik bersama pelapis muda ini.

"Jika ada penyanyi baru yang mahu bekerjasama dengan saya untuk hasilkan lagu, tak ada masalah.

"Bagi saya mereka ini mempunyai idea yang lebih segar dan memiliki kelompok peminat tersendiri," katanya.

Hazami, Aiman Tino, Gegar Vaganza 4

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain