suria

Malang Bertimpa, Pembantu Aliff Syukri Pula Kemalangan

Pembantu Alif Syukri iaitu Sani terlibat kemalangan.

BERSABARLAH Datuk Aliff.. belum habis episod 'bibik pencuri', kini malang pula menimpa pengurus peribadinya Muhd Iqbal Sani pula terlibat apabila terlibat dalam kemalangan pada Khamis.

Sekeping foto Muhd Iqbal Sani atau lebih mesra disapa Sani cedera dimuat naik jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri yang mengundang simpati netizen.

Antara kapsyen dimuat naik Aliff menerusi foto tersebut berbunyi:

"Iqbal kena kuat. Di mana ada saya, di situ ada awak. Kalau saya sakit awak selalu susah dan awk selalu ada ketika saya susah dan senang. Sukar saya terima keadaan awak sihat dan ceria terlentang sebegini.

Ya Allah kau selamatkan dan permudahkanlah segalanya untuk adikku ini..mohon doakan PA saya yang dah saya anggap macam adik sendiri agar selamat. Janganlah jadi apa-apa dekat dia. Yang penting saya akan cuba bantu yang terbaik buat beliau," tulisnya.

Sani terlibat kemalangan pada Khamis.

Sementara itu dalam posting berikutnya, Aliff juga memuat naik sebuah video berdurasi 40 saat di dalam perjalanan ke sebuah pusat perubatan.

Menerusi kapsyen video tersebut, Aliff berkata, Sani melalui operasi pembedahan selama 10 jam.

"Sani berkhidmat dengan saya sejak umur dia 19 tahun dan sehingga kini tiada pengganti sehebat beliau. Kalau saya sakit, awak paling susah dan awak selalu ada masa saya susah dan senang," tulisnya lagi.

Rata-rata  netizen yang bersimpati menasihati agar usahawan tersohor itu terus bersabar dan menganggap apa yang berlaku adalah dugaan Ramadan.

Aliff Syukri

Artikel Lain