suria

Sudah Tiga Bulan Putus Tunang - Indah Ruhaila

Indah Ruhaila

TEKA-TEKI tentang hubungan pertunangan penyanyi Indah Ruhaila akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan hubungan berkenaan sudah berakhir tiga bulan lalu.

Indah menerusi laman sosial Intagramnya pada Jumaat mengakui perkara itu terjadi berikutan kesilapan daripada kedua-dua mereka.

"Saya pasti ramai yang sedar akan isu yang melibatkan saya sedang diperkatakan kebelakangan ini.

Saya secara rasmi mengesahkan kini bukan lagi tunangan orang. Pertunangan saya dengan Mr.R telah berakhir sejak tiga bulan lalu. Kami masing-masing melakukan kesilapan dan saya bukan manusia sempurna," tulisnya.

Dalam pada itu, Indah turut meminta maaf terutamanya keluarga kedua-dua belah pihak yang terjejas dengan isu berkenaan.

"Saya meletakkan diri saya yang paling bawah memohon maaf atas segala khilaf kepada semua pihak dan rakan-rakan.

"Sesungguhnya kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan," ujarnya.

Penyanyi lagu Percaya ini turut meminta agar semua pihak menghormati keputusan yang diambil dan memberi ruang kepada dia dan keluarganya.

Terdahulu, Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussin, mengikat tali pertunangan dengan seorang pengurus akaun seminggu sebelum memasuki program Akademi Fantasia 2013.

Indah Ruhaila

Artikel Sebelum

Artikel Lain