suria

Apa Punca Penggambaran 'Polis Evo 2' Tertangguh?

Zizan dan Shaeizy Sam peneraju utama Polis Evo 2.

TUNGGU punya tunggu tapi nampak gayanya filem sekual Polis EVo 2 masih belum ada sebarang perkhabaran bilakan ia akan menjalani penggambaran.

Bukan sahaja peminat tidak sabar hendak menonton naskhah arahan Ghaz Abu Bakar itu malah barisan pelakonnya juga teruja hendak memasuki set penggambaran.

Terbaharu pelakon utamanya, Zizan Razak berkata, mereka akan memulakan penggambaran selepas sambutan Aidilfitri nanti.

"Beberapa kali tarikh penggambaran ditunda bukannya sebab apa tetapi Ghaz seorang yang sangat teliti dalam apa dilakukannya.

"Dia ingin memberi yang terbaik bukan sahaja dari segi jalan cerita dan barisan pelakon tetapi juga lokasi dan persediaan pra-produksi yang mantap," katanya.

Polis Evo mendapat kutipan hampir RM18 juta di pawagam.

Dalam pada itu, Zizan berakta, walaupun penggambaran tertunda beberapa kali namun dia masih bersemangat dalam meneruskan rutin ke gimnasium bagi mendapatkan tubuh tegap sesuai dengan wataknya sebagai anggota polis.

Kata Zizan, dia sudah mula ke gimnasium sejak tahun lalu untuk tujuan itu namun tidak sampai ke tahap obses mendapatkan tubuh badan yang sasa.

"Jika dikutkan saya bukanlah seorang yang terlalu obses dalam mendapatkan tubuh badan 'sado' tetapi demi menjayakan watak sebagai Inspektor Sani, saya perlu ke gimnasium.

"Memandangkan terdapat banyak perubahan pada jadual penggambaran jadi saya tidak terlalu kerap ke gimnasium dan mungkin apabila sudah dekat nanti saya akan 'pulun'," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zizan bakal muncul dengan drama berjudul Jula Juli Putus Cinta bersama Mira Filzah.

Zizan Razak, Polis Evo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain