Razak Mohaideen Kembali Mengarah Selepas 2 Tahun Menyepi - Hiburan | mStar

Razak Mohaideen Kembali Mengarah Selepas 2 Tahun Menyepi

Razak Mohaideen muncul dengan karya filem terbaharu selepas dua tahun berehat.

PETALING JAYA: Selepas dua tahun sepi daripada industri perfileman tempatan,  Datuk Prof. Madya Razak Mohaideen bakal muncul dengan filem arahannya yang ke-34 iaitu Mana Mau Lari (MML).

Razak Mohaideen berkata, filem tersebut menampilkan skrip asal tulisan novelis terkenal, Ahadiat Akashah yang membawa genre 'Road Movie'.

“Apabila mengarahkan sesebuah filem, saya sentiasa memastikan setiap karya yang dihasilkan mempunyai kelainan selain menampilkan genre yang berbeza-beza.

“Pembaharuan yang dibawakan menerusi filem MML misalnya, sedikit berbeza daripada filem-filem arahan saya terdahulu kerana ia menceritakan mengenai pengembaraan penggemar-penggemar motor berkuasa tinggi.


“Terdapat juga elemen komedi, seram dan fantasi agar penonton terhibur menyaksikannya," katanya kepada mStar Online.

Tambah pengarah yang popular dengan filem Mami Jarum itu, MML juga berjaya mendapatkan penajaan sebanyak empat buah motosikal berkuasa tinggi oleh Harley Davidson (Malaysia).

MML mengisahkan tentang geng Kassem Selamat yang ingin bercuti di Cowboy Town bagi meraikan kemenangan Abang Pen pada pertandingan “motor-cross”.

Bagaimanapun motosikal Harley-Davidson Abang Pen hilang dan empat sahabat geng Kassem Selamat itu membantunya memulakan misi mencari motor tersebut.



Sementara itu, barisan pelakon yang terlibat ialah Tauke (Jambu)sebagai Abang Pen, Syuk (Kapten), Yassin (King) dan Aliff Yasraff (Kyo).

Selain itu, pelakon lain seperti Saiful Apek, Delimawati, Dira Abu Zahar, Sathiya, Abu Bakar Omar, Tania Hudson, Ruminah Sidek dan Ropie Cecupak turut menjayakan filem tersebut.

MML yang merupakan filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 27 November depan. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain