Bront Palarae Terkejut Dipuji Pelakon Lagak Ngeri Thailand - Hiburan | mStar

Bront Palarae Terkejut Dipuji Pelakon Lagak Ngeri Thailand

Bront Palarae akui cabaran utama pada babak pertarungan.

PETALING JAYA:Pelakon Bront Palarae mengakui terkejut apabila lakonan aksi yang dilakukan dalam filem Anak Jantan mendapat pujian daripada pelakon lagak ngeri daripada Thailand yang turut terlibat dalam filem tersebut.

Bront berkata, pujian tersebut membuktikan dia berjaya menterjemahkan watak antogonis yang diberikan itu dengan baik.

 "Saya pun terkejut dan baru sahaja tahu daripada pengarah tentang pujian itu. Individu tersebut bercakap kepada orang lain dan saya rasa pengarah akan lebih berbangga dengan pujian ini.

"Bagaimanapun, pujian itu membuktikan bahawa lakonan saya sebagai Somchai berjaya seperti yang dimahukan oleh pengarah," ujarnya kepada mStar Online.
 
Sementara itu, Bront berkata, cabaran utama menjayakan filem tersebut adalah terlalu banyak melakukan babak pertarungan.

Katanya, ia menguji kecerdasan fizikal apabila memerlukannya mengekalkan momentum untuk bertarung lebih daripada 12 jam.

“Cabaran utama adalah babak pertarungan. Ia sangat menguji fizikal dan untuk mengekalkan momentum tenaga itu benar-benar buat saya rasa macam nak mati.

"Boleh dikatakan ini adalah antara filem yang buat saya terasa sangat kesukarannya. Namun, saya akan gembira dan puas hati jika penonton juga puas hati dan gembira dengan lakonan saya,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Dalam filem ini, Bront turut bergandingan bersama Farid Kamil dan Nora Danish dalam filem arahan Faizul A Rashid ini.  Filem Anak Jantan bakal ditayangkan pada 30 Oktober depan di seluruh pawagam negara.

Bront Palarae

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rezeki Alif Satar Bertambah Sejak Berkahwin

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?