Tasha Manshahar Buka Bisnes Kerana Sering Berbelanja Secara Online - Hiburan | mStar

Tasha Manshahar Buka Bisnes Kerana Sering Berbelanja Secara Online

Tasha Manshahar

KUALA LUMPUR: Penyanyi Tasha Manshahar memberitahu tabiatnya yang gemar menghabiskan duit dengan membeli belah secara dalam talian membuatkan dia mula menjinakkan diri dalam perniagaan.

Tasha atau nama sebenarnya, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 21, berkata, dia pernah menghabiskan hampir RM700 ketika membeli beberapa barang di dalam talian tanpa disedari.

"Saya memang suka shoping online, kadang-kadang hampir RM700 kerana saya sendiri seperti tidak sedar sudah membeli banyak barang.

"Sebab itu saya terfikir untuk cuba berniaga secara online terutama menjual selendang, tudung, kain dan baju dengan jenama saya sendiri," ujarnya kepada mStar Online.

Tasha berkata, bisnes yang baharu dua bulan dijalankan mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat dan pengikutnya di laman sosial.

Katanya, dia juga turut menyertai beberapa karnival jualan yang dianjurkan setiap hujung minggu.

"Ramai peminat yang bertanya tentang tudung dan baju yang saya pakai, jadi bila ada produk saya sendiri ia lebih baik.

"Setakat ini sambutan sangat baik terutamanya dikalangan pelajar-pelajar kolej, saya juga sering terlibat dengan karnival jualan untuk peniaga online yang selalu dianjurkan setiap hujung minggu," katanya.

Dalam pada itu, Tasha berkata, bisnes tersebut adalah sebagai pendapatan sampingan selain bidang nyanyian.

Jelasnya, dia juga tidak terlalu berharap untuk berada lama dalam industri muzik ini.

"Saya sedar sebagai penyanyi kita tidak selalu akan berada di tempat yang selesa dan keraan itu juga saya jadikan bisnes ini sebagai pendapatan sampingan," ujarnya.

Sementara itu, Tasha berkata, dia akan berada di Stadium Malawati, Shah Alam bagi menyertai CommFest : SiniAdaFest 2014.

Tasha Manshahar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain