suria

Harry Styles Bercinta Dengan Anak Rod Stewart

Harry Styles dan Kimberly Stewart dikatakan bercinta sejak akhir-akhir ini.
Harry Styles dan Kimberly Stewart dikatakan bercinta sejak akhir-akhir ini.
Harry Styles dan Kimberly Stewart dikatakan bercinta sejak akhir-akhir ini.

KHABAR angin yang mengatakan hubungan Harry Styles dan Kimberly Stewart nampaknya kini lebih jelas apabila ayah wanita itu iaitu Rod Stewart seperti mengesahkan perkara ini.

Menurut laporan Digital Spy, ketika Rod tampil di program bual bicara Chatty Man, Rod mendedahkan bahawa ahli One Direction itu mungkin bermalam dengan anak perempuannya.

"Saya lihat ada kereta Harry di rumah saya pada pagi tadi. Ya, cuba kita tidak berprasangka buruk, mungkin Harry hanya datang untuk mengambil barangnya.

"Oopps, nampaknya saya membiarkan 'kucing keluar daripada sangkarnya," seloroh Rod yang memberi kiasan itu.

Sebelum ini, Kimberly telah menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa selebriti seperti Tommy Lee dan aktor Benicio Del Toro.

Manakala Harry pula baru putus cinta dengan penyanyi Taylor Swift pada tahun lalu.

Artikel Lain