suria

Man(Raja Lawak) Tidak Kisah Dikatakan Tenggelam Sebagai Pelawak

Man memberitahu kerjaya lakonannya semakin berkembang baik walaupun jarang mendapat publisiti.
Man memberitahu kerjaya lakonannya semakin berkembang baik walaupun jarang mendapat publisiti.
Man memberitahu kerjaya lakonannya semakin berkembang baik walaupun jarang mendapat publisiti.

PETALING JAYA: Pelawak dan juara program Raja Lawak musim ke-6 Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kassim tidak kisah jika ada yang melihat kerjayanya agak tenggelam berbanding rakan seangkatannya.

Man berkata, isu berkenaan adalah perkara biasa sebagai seorang artis namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuknya melupakan cita-citanya hanya dikatakan sudah tenggelam sebagai pelawak.

"Tenggelam timbul itu adalah perkara biasa kerana itu adalah lumrah dalam bidang ini tetapi kita tidak boleh berputus asa dan kena terus berusaha.

"Jika itu pandangan orang kita tidak seharusnya berputus asa sebaliknya membuktikan bakat dan kemampuan diri untuk terus berada dalam industri ini," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Dalam pada itu, Man berkata, dia amat bersyukur kerana walaupun dia jarang menjadi perhatian namun rezekinya sejak menjuarai program Raja Lawak pada tahun 2011 itu semakin mencurah-curah.

Jelas Man, dia sangat terharu dengan amanah dan kepercayaan diberikan kepadanya dan akan terus berusaha memperbaiki diri supaya mutu lawak dan lakonannya supaya lebih mantap sekaligus dapat menjadi pelakon yang serba boleh.

"Saya bersyukur kerana walaupun tidak begitu mendapat liputan tetapi Alhamdulillah projek yang diterima cukup banyak dan adakalanya tiada masa terluang untuk diri sendiri dan keluarga," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Man berkata, dia kini sibuk dilokasi penggambaran telefilem berjudul Budak Johor selain baru menyelesaikan tiga buah drama lain iaitu Detektif Man Boyot, Ujang Baran dan Dari Singmah Estet Ke Down Town.

Artikel Lain