Drama Komedi 'Kelas Sebelah' Angkat Bahasa Malaysia - Hiburan | mStar

Drama Komedi 'Kelas Sebelah' Angkat Bahasa Malaysia

Pelakon Kelas Sebelah dari kiri; Azam Lob Hashim, Didie, Syakila dan Fimie Don.
Pelakon Kelas Sebelah dari kiri; Azam Lob Hashim, Didie, Syakila dan Fimie Don.

KUALA LUMPUR: Drama komedi terbitan RTM iaitu Kelas Sebelah akan memberikan fokus kepada penggunaan Bahasa Malaysia dengan tepat sebagai tema utamanya.

Pengarah siri berkenaan, Norsahlawani Mohd Salleh berkata, perkara itu dititikberatkan selepas menyedari golongan muda pada ketika ini lebih cenderung menggunakan bahasa 'rojak' dalam percakapan seharian.

"Adalah menjadi satu kebimbangan apabila bahasa Malaysia semakin terhakis kerana penggunaan bahasa 'rojak'' yang berleluasa di kalangan masyarakat terutamanya golongan muda.

"Menerusi drama komedi ini selain dapat berhibur pada masa sama kita dapat mempelajari penggunaan bahasa kebangsaan itu dengan tepat," jelasnya semasa sidang media program itu di Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri di sini, Khamis.

Musim pertama Kelas Sebelah akan bersiaran sebanyak 13 episod dan menampilkan pelakon seperti Jaafar Onn, Mya Matahari, Fimie Don, Dotty dan Zizan Nin

Ia akan bersiaran pada 3 April ini pada setiap hari Rabu pukul 9 malam di TV1.

Dalam pada itu, Norsahlawati berkata, pelbagai masalah sosial remaja juga akan dipaparkan dalam bentuk komedi selain menekankan aspek bahasa dalam pengisiannya.

Pihaknya turut menyasarkan 95 peratus penonton dari golongan pelajar dan berharap mesej yang ingin disampaikan tercapai.

"Walaupun ia berbentuk ilmiah tetapi unsur komedi diyakini dapat membantu menarik perhatian penonton," katanya.

Kelas Sebelah mengisahkan mengenai pelajar kelas 4 Harapan yang mempunyai pelbagai masalah sehingga tampil seorang guru baru iaitu Cikgu Azman (Zizan Nin) yang berjaya membantu mereka meningkatkan prestasi dalam pelajaran.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Fimie Don Berehat Berlakon Kerana PMR

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini