suria

Selena Gomez Semakin Berimej Seksi

PENYANYI dan pelakon Selena Gomez membuka mata ramai pihak dengan penampilannya yang tampak berani ketika menghadiri tayangan perdana filem Spring Breakers di Berlin.

Mengenakan seluar dan sut hitam yang terdedah pada bahagian depan dan belakang, Selena juga sudah berani mendedahkan dadanya yang dilihat semakin sempurna setiap kali tampil di khalayak.

Selena yang kini berusia 20 tahun seakan-akan ingin menunjukkan bahawa dia sudah semakin dewasa dan kelihatan menawan ditambah pula dengan solekan yang membuatkan dia cukup elegan.

Sebelum ini Selena pernah berbikini ketika masih lagi menjalinkan hubungan dengan Justin Bieber, namun pemakaiannya itu dilihat masih lagi kebudak-budakan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain