Aktiviti Menyelam Beri Ketenangan Kepada Jehan Miskin - Hiburan | mStar

Aktiviti Menyelam Beri Ketenangan Kepada Jehan Miskin

Jehan Miskin. Foto; Norman Hiu
Jehan Miskin. Foto; Norman Hiu

PETALING JAYA: Pelakon Jehan Miskin antara artis yang amat mencintai kehidupan laut apabila mampu menyelam lebih 120 kali selepas menceburi aktiviti selam skuba sejak tahun 1999.

Jehan atau nama sebenarnya Mohd Jehan Miskin, 33, berkata, aktiviti itu dapat memberi kepuasan luar biasa lebih-lebih lagi apabila dapat melihat pelbagai hidupan pelik yang terdapat di dasar laut.

"Saya sudah menyelam di dalam dan luar negara untuk mencari ketenangan. Ternyata, saya mendapat kepuasan berbeza yang sukar digambarkan dengan kata-kata,” ujarnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Tambah Jehan, Pulau Sipadan di Sabah dan Tioman, Pahang merupakan lokasi yang kerap dipilih untuk aktiviti tersebut selain berpengalaman melakukan selaman di kepulauan Maldives dan Manado, Indonesia serta beberapa tempat lain di luar negara.

Dalam pada itu, Jehan berkata menyelam memerlukan kesabaran dan tumpuan yang secukupnya untuk mengelak perkara yang tidak diingini ketika berada di dasar laut.

"Ia memerlukan ketelitian yang sangat tinggi dan jika tersilap langkah, sesuatu yang buruk akan menimpa. Bagaimanapun, apabila dah kerap kali melakukannya, saya sudah rasa biasa.

"Selain itu, apa yang menyeronokkan lagi, saya turut terbabit dalam membantu memulihara kehidupan dasar laut seperti karang yang semakin terhakis," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Jehan sibuk dengan persiapannya untuk menjalani penggambaran program Fear Factor Selebriti Malaysia untuk saluran Astro Ria di Cape Town, Afrika Selatan bermula 23 Oktober sehingga 15 November depan.

"Tak sabar pula rasanya nak melalui cabaran program ini. Ia merupakan penyertaan kali kedua di mana saya pernah menyertainya pada tahun lalu bagi episod khas sahaja.

"Mujurlah Fear Factor kali ini tidak memberikan cabaran memakan benda-benda yang menjijikkan seperti yang pernah saya buat dahulu iaitu makan jantung kambing mentah.

"Cuma saya agak risau sedikit andai kata diberi cabaran berenang di kolam kerana saya tidak terlalu pandai berenang. Ia tak sama dengan menyelam di dasar laut," guraunya.

Sementara itu, Jehan bakal muncul di layar perak menerusi filem Sepah The Movie dan Awan Dania The Movie pada penghujung tahun ini serta Prince Of The City (Februari 2013).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain