Janet Jackson Peluk Islam, Mahu Nikah Jutawan Arab - Hiburan | mStar

Janet Jackson Peluk Islam, Mahu Nikah Jutawan Arab

Janet dan tunangnya Wissam Al Mana seorang jutawan berbangsa Arab.
Janet dan tunangnya Wissam Al Mana seorang jutawan berbangsa Arab.

PENYANYI terkenal Janet Jackson dilaporkan telah memeluk Islam selepas membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa Arab iaitu Wissam Al Mana.

Pasangan tersebut diberitakan akah bernikah pada tahun hadapan di tempat kelahiran jutawan itu di Doha, Qatar.

Portal emirates247 pada Rabu lalu melaporkan, pasangan tersebut akan bernikah dalam satu majlis Islam sementara Janet, adik kepada bintang pop Micheal Jackson itu mahu merahsiakan agama barunya itu daripada pengetahuan peminatnya.

Sumber berkata, pasangan itu juga akan menjadikan perkahwinan berkenaan sebagai majlis terbesar selain dapat diingati dalam sejarah.

Portal itu yang turut memetik sumber majalah National Enquirer melaporkan pasangan berkenaan telah menetapkan tahun 2013 tetapi masih memilih hari yang sesuai untuk majlis itu.

Mereka juga dilaporkan berhasrat membelanjakan wang kira-kira RM6 juta (AS$3 juta) untuk sebuah majlis gilang-gemilang sementara Wissam akan menghadiahkan sebuah jam Rolex berharga RM30,000 (AS$10,000) kepada setiap tetamu yang menyaksikan perkahwinan berkenaan.

“Wissam akan menjadikan majlis bahagia itu sebagai ‘perkahwinan abad ini’ dan terbesar dalam sejarah hidup mereka,” lapor portal itu.

Wissam merupakan jutawan yang memiliki kekayaan keluarga dalam bidang hartanah dan media itu melamar Janet, 46, pada tahun lalu dengan memberikannya sebentuk cincin berlian 15 karat.

Pasangan tersebut bertemu pada bulan Disember 2009 selepas Janet membuat persembahan istimewa di Timur Tengah.

Mereka pada mulanya dilaporkan mahu berkahwin pada 2011 tetapi telah menangguhkannya beberapa tahun untuk melakukan perancangan rapi.

Janet telah keluar bersama Wissam yang hampir 10 tahun lebih muda daripadanya sejak musim panas 2010.

Malah penyanyi wanita itu berkata, bukan satu kesalahan untuk beliau keluar dengan seorang lelaki yang lebih muda daripadanya.

Janet yang sebelum ini mempunyai hubungan sembilan tahun dengan penerbit album Jermaine Dupri berkata, ibunya sentiasa memberitahu umur hanyalah sekadar angka.

Artikel Sebelum

Izara Aishah Mengaku Menari Seksi

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Rozita Che Wan Gemarkan Watak Komedi

default image

'Demi Allah Saya Tak Curang' - Ana Dahlia

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa