suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ella Utamakan Suami Berbanding Kerjaya Seni

Ella berkata, dia kini teruja untuk belajar memasak pelbagai makanan untuk suami tercinta.
Ella berkata, dia kini teruja untuk belajar memasak pelbagai makanan untuk suami tercinta.
Ella berkata, dia kini teruja untuk belajar memasak pelbagai makanan untuk suami tercinta.

PUTRAJAYA: Pengalaman bergelar isteri sejak dua bulan lalu banyak mengubah kehidupan ratu rock negara, Ella dalam segenap aspek terutamanya berkaitan rumah tangga.

Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, berkata, perkahwinan dengan juruterbang syarikat Firefly iaitu Azhar Ghazali, 31, itu mengajarnya untuk mengutamakan suami berbanding kerjaya.

"Perkahwinan ini banyak mengubah kehidupan saya dalam segenap aspek.

"Saya sanggup bertolak-ansur dalam pelbagai hal termasuklah kerjaya kerana keutamaan saya pada waktu ini adalah pada perkahwinan.

"Memandangkan kerja Azhar menuntutnya sering berjauhan, jadi apabila dia cuti sahaja saya akan pastikan waktu diluangkan dengannya terlebih dahulu berbanding kerja sendiri.

"Pendek kata, jika suami sedang bercuti jadual kerja saya akan mengikut masa dia," katanya.

Pasangan itu bernikah pada 7 Julai lalu di kediaman keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang dekat sini.

Bercerita lanjut, Ella berkata, dia kini teruja untuk belajar memasak pelbagai makanan untuk suami tercinta.

"Saya seronok untuk belajar memasak buat suami. Banyak lagi yang perlu saya pelajari tetapi setakat ini saya sempat menyiapkan hidangan sarapan pagi.

"Azhar menggemari makanan tradisional Melayu dan Barat tetapi mujurlah dia tidak cerewet apabila membabitkan soal makanan," katanya.

Mengenai perkembangan terbaharu, Ella berkata, dia sedang membuat persiapan untuk konsert solonya di empat lokasi yang dijangka berlangsung pada Disember depan.

"Kini, saya sedang buat persiapan untuk penajaan dan pemilihan lagu dan konsep persembahan itu nanti," katanya yang turut sibuk mengumpulkan lagu-lagu untuk album baharu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain