suria

Rahsia Tokoh Ternama Dibongkar Dalam 'Jurnal Ikon'

PETALING JAYA: Tokoh-tokoh ternama negara bakal mendedahkan rahsia kejayaan mereka menerusi program bual bicara Jurnal Ikon yang dikeudarakan menerusi radio Selangorfm (frekuensi 100.9).

Program tersebut mula dikeudara pada setiap khamis mulai 4 Oktober 2012, pukul 3.15 petang.

Antara tetamu yang bakal muncul menerusi program tersebut secara eksklusif untuk musim kedua ini ialah Atlet Paralimpik Hasihin Sanawi, pelakon Rosyam Nor, penggiat teater Faridah Merican, tokoh Maal Hijrah Prof. Emeritus Tan Sri Dato Dr. Abdul Shukor dan ramai lagi.

Program ini diterbitkan oleh penyampai radio, Sharul Bahat yang juga bertindak sebagai pengantara program ini, bersama dengan penyampai baru iaitu Aishah bagi mencungkil dan membongkar kisah perjalanan dan kejayaan seseorang ikon itu.

Istimewanya pada musim ini, ia bukan sahaja disiarkan menerusi siaran Selangorfm, tetapi juga dimuat turun ke laman Youtube sejam selepas siaran di radio. Sebelum ini, pelbagai ikon besar seperti mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohammad turut berkongsi rahsianya menerusi program ini.

Malah Jurnal Ikon turut membawa angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, pereka kasut terkenal Datuk Jimmy Choo, jutawan internet Irfan Khairi, Jurulatih Harimau Muda Ong Kim Swee berkongsi pengalaman mereka bersama pendengar.

Begitu juga dengan penyanyi lagenda Datuk Sheila Majid, jatuh bangun dia dalam mengukuhkan nama sebagai penyanyi berkaliber telah dikongsikan di musim pertama itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain