suria

Zac Efron & Lily Collins Putus cinta

Zac Efron dan Lily Collins
Zac Efron dan Lily Collins
Zac Efron dan Lily Collins

BARU tiga bulan pasangan Zac Efron dan Lily Collins menjalinkan cinta, hubungan mereka dikhabarkan sudah putus.

Menurut laporan Contactmusic, beberapa sumber mengatakan mereka sebenarnya tidak serius dalam perhubungan itu, maka tidak hairanlah jika pasangan itu tidak dapat bertahan lama.

"Mereka sudah tidak bercinta lagi. Zac dan Lily tak pernah pun serius dengan perhubungan itu malah mereka jarang dilihat bersama.

"Sebelum ini Zac pernah meluahkan kepada teman-temannya yang dia tidak serius dengan Lily," kata sumber itu.

Dalam pada itu, jadual yang padat turut menjadi punca utama hubungan cinta mereka retak.

"Memang jadual kerja mereka begitu padat dan tidak ada masa untuk berjumpa. Mereka hanya dilihat pernah bersama sekali sahaja pada Februari lalu.

Artikel Lain