suria

Lady Gaga & Taylor Kinney Putus Cinta

JIKA selama ini Lady gaga dan kekasihnya, Taylor Kinney dikatakan pasangan cinta sejati, kini tidak lagi kerana Gaga membuat keputusan untuk menghakhiri hubungan itu.

Menurut laporan Dailymail, penyanyi itu memutuskan hubungan cintanya kerana gagal meluangkan masa lebih kerap dengan Kinney gara-gara kesibukan dengan konsert jelajahnya.

"Dia akan mengadakan konsert jelajahnya sehingga tahun depan dan menyedari sukar untuk memberi komitmen terhadap cintanya itu.

"Bagi Gaga, kerjanya melebihi segala-galanya," kata sumber kepada US Weekly.

Dalam pada itu, antara alasan lain yang diberikan Gaga ialah dia sebenarnya tidak mencintai sepenuhnya terhadap aktor Vampire Diaries itu.

Gaga dan Kinney dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta sejak Disember tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain