suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anang, Ashanty Edar 2000 Kad Jemputan Kahwin Dalam 4 Versi

Anang (kiri) dan bakal isterinya, Ashanty
Anang (kiri) dan bakal isterinya, Ashanty
Anang (kiri) dan bakal isterinya, Ashanty

JAKARTA: Penyanyi dan komposer Anang yang akan melangsungkan pernikahan dengan penyanyi Ashanty pada 12 Mei ini bakal mengundang 2000 jemputan dalam empat versi kad jemputan.

“Kami mengundang 2000 jemputan. Kerana tidak mahu bosan dan sedikit kelainan, kami membuat empat jenis kad jemputan yang berlainan versi,” ungkap Ashanty ketika ditemui portal detikHOT selepas mengukur baju pengantin di Butik Ferry Sunarto di Jalan Ciniru, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan, baru-baru ini.

Difahamkan, majlis akad nikah akan berlangsung di Mesjid Albina, Senayan, manakala resepsi pada 20 Mei pula bertempat di Hotel Shangrila, di sini.

Pada majlis akad nikah itu nanti, kedua mempelai akan mengenakan kebaya moden yang menonjolkan elemen budaya Indonesia.

“Warnanya (baju) hijau kerana Anang suka warna hijau, malah konsep resepsi juga berwarna hijau,” kata Ashanty lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain