suria

Megan Fox, Lindsay Lohan Berebut Peranan Kisah Elizabeth Taylor

Megan Fox.
Megan Fox.
Megan Fox.

WALAUPUN masih belum memulakan sesi penggambaran, filem berkisar mengenai kisah cinta mendiang Elizabeth Taylor sudah pun dilanda kontroversi.

Dua bintang popular Hollywood, Lindsay Lohan dan Megan Fox dikhabarkan berebut untuk mendapatkan peranan utama dalam filem yang diberi judul Elizabeth & Richard: A Love Story itu.

Pihak pengurusan filem itu bagaimanapun memberitahu keputusan mengenai pemilihan pelakon akan ditentukan oleh pihak mereka tanpa campur tangan daripada orang lain.

"Pihak kami telah pun berunding dengan Lindsay dan Megan selain beberapa artis yang berkemungkinan mendapat peranan tersebut," kata Larry Thompson, Penerbit Ekskutif filem berkenaan.

Dalam pada itu, sumber terdekat Lindsay berkata, pelakon Mean Girls itu terdesak untuk mendapatkan watak utama itu kerana ingin melonjakkan kembali namanya yang tercalar beberapa tahun kebelakangan akibat kontroversi.

Filem tersebut bakal memulakan penggambaran pada musim panas di Kanada dan akan menekankan kisah percintaan primadona itu dengan Richard Burton.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain