suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Avril Lavigne, Brody Jenner Berpisah

SETELAH beberapa tahun menyemai cinta bersama Brody Jenner, Avril Lavigne dilaporkan telah menamatkan hubungannya dengan abang tiri kepada bintang realiti, Kim Kardashian itu.

Menurut salah seorang sumber terdekat pasangan itu, keputusan untuk berpisah yang dibuat mereka adalah disebabkan keengganan Brody mendirikan rumah tangga dengan Avril.

"Avril ingin menamatkan hubungan cinta mereka dengan sebuah ikatan perkahwinan tetapi kekasihnya enggan berbuat demikian dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah.

"Masalah antara mereka juga telah lama berlaku sejak musim panas lalu tambahan pula Avril sibuk dengan jelajah konsertnya menambahkan kekusutan dalam hubungan mereka," ujar sumber tersebut.

Avril dan Brody mula berpacaran selepas penyanyi itu bercerai dengan suaminya, Deryck Whibley pada 2009.

Artikel Berikut

Artikel Lain