suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jessica Biel Tidak Pakai Cincin Tunang

Jessica Biel.
Jessica Biel.
Jessica Biel.

KEHADIRAN aktres jelita, Jessica Biel pada majlis Anugerah Golden Globe ke-69 pada Ahad telah menimbulkan tanda tanya kepada semua yang melihat kelibat kekasih penyanyi, Justin Timberlake itu.

Jessica yang baru sahaja menerima lamaran kekasihnya itu tampil di permaidani merah tanpa mengenakan cincin pertunangannya.

Bagaimanapun ia bukan kali pertama pelakon itu tampil di khalayak tanpa cincin tersebut selain muncul bersendirian di majlis yang dihadiri.

Jessica juga enggan mengulas mengapa dia tidak menyarungkan cincin tersebut walaupun tindakannya itu memberikan tanggapan buruk terhadap hubungannya dengan Justin.

Khabar pertunangannya sebelum ini didedahkan oleh nenek Justin yang memberitahu cucunya itu melamar Jessica di atas pergunungan Jackson, Wyoming.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain