suria

Nelly Berehat Berlakon, Fokus Rakaman Album

Nelly
Nelly
Nelly

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap Amerika, Nelly atau nama sebenarnya Cornell Iral Haynes, 36, menyatakan hasratnya untuk berehat seketika daripada bidang lakonan untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada rakaman album baru.

Kata Nelly yang pernah berlakon dalam filem The Longest Yard pada tahun 2005 bersama Adam Sanbler dan Chris Rock, dia tidak boleh bekerja dalam dua bidang serentak kerana ia akan membuatkan dirinya hilang fokus.

"Bukan senang sebenarnya untuk berlakon dan menyanyi serentak, lebih-lebih lagi apabila saya kini sibuk dengan rakaman album ke tujuh di studio.

"Oleh itu lebih baik saya fokus pada penghasilan dan penulisan lagu sahaja," katanya yang ditemui pada sidang akhbar Konsert Suara Kami di Hotel Mandarin Oriental, di sini, Sabtu.

Filem pertama Nelly merupakan sebuah filem indie, Snipes pada tahun 2001 dan selain The Longest Yard, penyanyi rap itu juga pernah menjadi kameo bagi drama popular CSI:NY dan 90210.

Tambah Nelly, dia baru sahaja menghabiskan rakaman untuk beberapa lagu di Los Angeles sebelum terbang ke Malaysia untuk menjayakan konsert Suara Kami yang telah diadakan malam Sabtu bersama penyanyi-penyanyi lain seperti kumpulan Korea, Rania, penyanyi Hong Kong, Hins Cheung, Pop Shuvit, Yuna dan beberapa artis tempatan lain.

"Saya percaya album terbaru ini akan memberi kelainan dan ia akan dipasarkan pada hujung tahun ini.

"Saya harap, peminat-peminat Malaysia juga boleh mendapati album tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut gembira kerana tidak sangka dirinya mempunyai ramai peminat dari Malasia.

"Saya harap pada masa akan datang nanti saya dapat menghafiahkan sebuah konsert buat peminat-peminat Malaysia," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain