suria

Paris Hilton & Cy Waits Putus Cinta

Cy Waits dan Paris Hilton
Cy Waits dan Paris Hilton
Cy Waits dan Paris Hilton

LOS ANGELES: Pewaris rangkaian Hotel Hilton iaitu Paris Hilton dikhabarkan sudah berpisah selepas genap setahun menjalinkan hubungan cinta dengan Cy Waits.

Pasangan yang sering kelihatan bersama ini dikatakan telah memutuskan untuk mengikut haluan masing-masing.

Seperti dipetik dari US Magazine, punca utama perpisahan mereka adalah kerana Cy tidak bersedia untuk sentiasa berada di hadapan kemera sepanjang menjalani hubungan dengan selebriti seperti wanita itu.

"Ya, mereka putus. Paris sangat menyayanginya dan mengakui dia adalah lelaki terbaik, namun mereka melalui saat yang sukar selama setahun ini," ujar sumber.

Sumber tersebut juga memberitahu bahawa Cy tidak suka kisah hubungan cinta mereka dirakam dan melalui terlalu banyak drama.

Pasangan kekasih ini dilihat saling melengkapi sebelum ini apabila Cy sentiasa berada di sisi Paris ketika mereka gembira mahupun ketika Paris ditahan akibat penyalahgunaan dadah.

Malah pemilik kelab malam ini juga pernah dicekik dan disimbah air oleh salah seorang peminat fanatik selebriti tersebut.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dari kedua-dua pihak tentang hubungan mereka yang dikhabarkan sudah berakhir ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain