BEKAS anggota The Beatles, Paul McCartney (gambar) akan segera berkahwin dengan tunangnya, Nancy Shevell (gambar).
Berita bahagia tersebut disampaikan oleh sumber terdekat kedua-duanya kepada majalah People, Sabtu. Ini akan menjadi perkahwinan ketiga Paul setelah bercerai dengan Heather Mills.
"Nancy dan Paul akan segera berkahwin. Cincin, dan semuanya sangat menarik.Mereka memiliki ciri-ciri yang sama iaitu sepadan dan optimis," kata sumber itu.
Paul yang kini berusia 68 tahun itu sudah bercinta dengan Nancy selama empat tahun. Kedua-duanya bertemu saat musim panas 2007 lalu.


