suria

Disney Junior Ganti Playhouse Disney

Jenama baru Disney Junior
Jenama baru Disney Junior
Jenama baru Disney Junior

PETALING JAYA: Program kanak-kanak, Playhouse Disney akan membuat penjenamaan semula dengan nama baru iaitu Disney Junior bermula 11 Julai depan.

Menurut Timbalan Presiden dan Pengarah Urusan Disney Channel Australia, New Zealand, Asia Tenggara dan Korea, Laura E. Wendt, program baru khusus untuk kanak-kanak berusia dua hingga tujuh tahun itu pasti menambat hati mereka apabila ia berjaya menggabungkan pembelajaran serta perkembangan diri.

"Disney Junior masih lagi mengekalkan konsep Disney sebelum ini iaitu mempunyai elemen cerita dan karakter.

"Pihak kami juga akan mengembalikan karakter klasik yang diminati sepanjang zaman seperti Snow White and the Seven Dwarf serta elemen yang akan menggalakkan pembelajaran pada peringkat awal kanak-kanak. “Saya percaya ibu-bapa akan teruja melihat anak-anak mereka bersemangat menonton saluran ini di mana ia juga dapat memberikan hiburan yang bersesuaian dengan usia anak mereka.” katanya.

Tambah Wendt, pada 11 Julai depan juga, Disney Junior akan disiarkan di 12 negara di Asia Pasifik seperti Australia, New Zealand, Singapura, Malaysia, Hong Kong, Filipina, Indonesia, Thailand, Vietnam, Brunei, Kemboja, Korea dan Papua New Guinea.

Pelancaran penjenamaan ini akan turut melibatkan negara Asia Tenggara lain selepas diperkenalkan di Amerika Latin dan United Kingdom.

Sementara itu, tayangan perdana sempena pelancaran Disney Junior ini ialah siri animasi baru, Jake and The Never Land Pirates, program pencarian harta karun interaktif yang mengikuti pengembaraan karektor klasik Kapten Hook dan Smee.

Bagaimanapun, kepada penggemar-penggemar siri popular Playhouse Disney, Mickey Mouse Clubhouse, Handy Manny, Special Agent Oso, Imagination Movers, Jungle Junction dan Word World, usah risau kerana ia juga akan ditayangkan menerusi saluran ini termasuklah siri klasik Beauty and the Beast, Toy Story dan Finding Nemo.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain