Syarat Ketat Stesen Televisyen Cetus 'KRU TV' - Hiburan | mStar

Syarat Ketat Stesen Televisyen Cetus 'KRU TV'

Presiden Eksekutif KRU Media, Norman Abdul Halim (kiri) pada gimik pelancaran saluran KRU TV. Turut kelihatan Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar dan Pengurus Besar Alt Media, Lam Swee Kim (kanan). - Foto LOW LAY PHON
Presiden Eksekutif KRU Media, Norman Abdul Halim (kiri) pada gimik pelancaran saluran KRU TV. Turut kelihatan Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar dan Pengurus Besar Alt Media, Lam Swee Kim (kanan). - Foto LOW LAY PHON

PETALING JAYA: Sekatan dan syarat ketat yang ditetapkan oleh stesen televisyen menjadi inspirasi kepada penubuhan saluran televisyen web KRU TV, kata Presiden Eksekutif KRU Media Sdn Bhd, Norman Abdul Halim.

Jelas Norman, persaingan sesama syarikat produksi dan peraturan tertentu daripada stesen televisyen dalam proses pembelian program atau drama terbitan KRU Studios selama ini menjadi penggerak kepada pengenalan saluran itu.

"Kita ada sumber, tenaga dan fasiliti yang lengkap di studio kami di Cyberjaya untuk menghasilkan pelbagai jenis program televisyen tetapi setakat ini ia tidak digunakan sepenuhnya.

"Sebelum ini, KRU Studios perlu bersaing dengan pelbagai syarikat produksi lain untuk merebut peluang menerbitkan program-program tv.

"Justeru, kami merasakan adalah wajar untuk mewujudkan sebuah 'rumah' sendiri yang boleh menampung dan menyiarkan semua program terbitan kami," katanya yang ditemui selepas majlis perasmian saluran televisyen itu di Laundry Bar, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Tambah Norman, kemunculan KRU TV yang boleh ditonton menerusi laman tonton.com.my itu bertitik-tolak daripada keinginan mereka untuk menghasilkan program televisyen sendiri tanpa perlu berdepan kekangan atau peraturan yang dikenakan stesen-stesen televisyen sebelum ini.

"Selain berdepan kekangan pada aspek waktu siaran yang terbatas, peraturan dan syarat tertentu stesen televisyen adalah antara penyebab kepada penubuhan saluran ini.

"Selepas beberapa tahun dalam bidang ini, sudah tiba masanya untuk kami hasilkan produk sendiri dan siarkannya pada platform sendiri.

"Memang televisyen web adalah sesuatu yang baru bagi penonton Malaysia. Sekurang-kurangnya kami bebas membuat keputusan dan menentukan pengisian serta corak program yang akan disiarkan pada platform ini," katanya.

Selain menyiarkan filem-filem terbitan KRU, saluran itu juga memaparkan program-program hiburan seperti KRU Paparazzi, KRU Jukebox, KRU The Making of, KRU 24/7, KRU Anime, KRU Blockbuster, Extravaganza, selain drama bersiri dalam format Webisode tidak lama lagi.

Sejak mula bersiaran pada Januari lalu, KRU TV berada di tangga kelima daripada 13 saluran web tv yang disiarkan dalam Tonton.

Tonton merupakan stesen televisyen web yang diperkenalkan oleh Alt Media Sdn Bhd bermula 6 Ogos 2010.

Artikel Sebelum

Rizu Tukar Nama, Tubuh Kumpulan Muzik

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain