suria

Harith Iskander & Francisca Peter Di JW Marriot Hujung April

Harith dan Francisca Peter
Harith dan Francisca Peter
Harith dan Francisca Peter

PETALING JAYA: Pelawak Harith Iskander dan penyanyi popular tahun 80-an, Francisca Peter akan menjayakan Minggu Setiausaha anjuran Hotel JW Marriot di sini pada 28 dan 29 April depan.

Kedua-dua artis tersebut akan menghiburkan para setiausaha dengan keletah dan juga lagu popular masing-masing.

Francisca Peter yang pernah popular dengan lagu Sekadar Di Pinggiran tentunya akan menyampaikan lagu-lagu popular yang pernah menaikkan namanya sebelum ini di samping beberapa lagu lain yang bersesuaian dengan sambutan itu.

Sementara Harith pula akan tampil dengan keletah lucunya sebagai pengacara yang akan menghangatkan suasana.

JW Marriot dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya akan menyediakan makanan menarik termasuklah makanan Arab istimewa untuk para pengunjung.

Selain pada itu pihaknya akan turut menyediakan hadiah-hadiah istimewa kepada pengunjung bertuah seperti penginapan di Hotel Rennaissance London, tiket penerbangan, produk kecantikan serta penginapan di hotel lima bintang terpilih dalam negara.

Dijangka kira-kira 1,000 para peminat artis berkenaan akan memenuhi majlis tersebut yang akan diadakan di Mayang Sari Grand Ballroom, hotel itu.

Bagi menyaksikan persembahan berkenaan, setiap individu dikenakan bayaran mengikut tempat duduk masing-masing iaitu RM400 untuk tempat duduk perak, RM460 (emas) dan RM550 (platinum).

Mereka yang ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi Julian Khor di talian, 03-27198168.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain