suria

Akademi Teater Legasi Tiara Jacquelina

Datin Seri Tiara Jacquelina
Datin Seri Tiara Jacquelina
Datin Seri Tiara Jacquelina

PETALING JAYA: Dengan inisiatif mengembangkan industri teater di Malaysia, Pelakon Datin Seri Tiara Jacquelina telah menubuhkan akademi teater miliknya iaitu Enfiniti Academy of Musical Theatre and Enternational Arts (ENACT).

Menurut Tiara, akademi ini merupakan impian yang dipendam selama lima tahun bertujuan memajukan industri teater di negara ini.

“Penubuhan ENACT ini bagaikan sebuah mimpi yang menjadi kenyataan kepada saya. Lima tahun lalu saya hanya berangan-angan dan berbincang tentang perkara ini iaitu ketika pementasa pertama Puteri Gunung Ledang.

“Apabila perkara ini diberitahu kepada suami saya, Alhamdulillah dia bagi respons yang baik. Malah menggalakkan usaha ini," katanya.

Dalam pada itu, jelas Tiara ENACT bermatlamat untuk melahirkan bintang melalui latihan dan pembelajaran yang disediakan di akademi tersebut.

“Kami ingin berkongsi minat dan visi dalam bidang ini melalui jalan yang kami buka. Selain memastikan industri teater ini membangun di Malaysia.

“Kelainan yang ada di ENACT berbanding akademi seni persembahan lain adalah situasi pembelajaran kami lebih professional dan mempunyai kelengkapan yang mencukupi.

“Pelajar-pelajar juga akan didedahkan secara langsung dalam setiap persembahan yang kami lakukan berbanding sekadar teori semata-mata,” katanya.

Sementara itu, pelakon dan pengiat teater Joana Bessey dilantik sebagai Pengarah Khusus di akademi tersebut.

Antara kursus yang bakal ditawarkan ialah Dance Like a Star, Jazzing Up Your Ballet, Musical Theatre Courses iaitu kursus teater selama lima minggu dan School’s Out, Musical Theatre’s In, iaitu kursus teater untuk pelajar sekolah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain