suria

Madhuri Dixit Sangkal Enggan Pegang Watak Ibu

MUMBAI: Pelakon terkenal Bollywood, Madhuri Dixit, 43, menolak tuduhan kononnya dia enggan menerima tawaran berlakon memegang watak ibu untuk filem Freaky Friday.

Madhuri berkata, dia tidak berasa aneh memegang watak berkenaan kerana dia juga seorang ibu kepada dua orang anak iaitu Arin,7, dan Raayan,5.

“Bagaimanapun saya perlu bercakap dengan pihak produksi terlebih dahulu berhubung perkara itu,” katanya seperti dipetik portal newkarela.com.

Madhuri menambah, filem itu mungkin mengagumkannya apatah lagi dia diberi peranan hebat.

Mengenai filem terakhirnya Aaja Nachle yang gagal mencapai kutipan boxoffice, Madhuri berkata dia mahu mengambil cabaran baru untuk bekerja dengan gelombang baru pengarah sekarang.

“Saya sedang melihat untuk berlakon dengan penarah yang bagus. Tidak menjadi masalah untuk saya berlakon dengan pengarah baru,” katanya yang dilihat menyukai karya-karya Wisnu Bharadwaj dan Imtiaz Ali. Tambahnya, sebagai seorang pelakon, dia melihat kepada skrip yang bagus untuk menghasilkan lakonan berbeza dan menyenangkan.

Malah dia juga tidak keberatan untuk menukar imej sekiranya sesebuah filem itu benar-benar menghiburkan.

“Saya pelakon, saya suka melakukan perkara yang berbeza. Jadi apa yang penting ialah mendapat skrip yang baik,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Awie Mahu Terbit Filem Silat

Artikel Lain