suria

Izwan Pilus Mahu Berdikari

PETALING JAYA: Setelah tidak lagi diuruskan oleh pengurus sejak sebulan lalu, penyanyi Izwan Pilus akui agak sukar bergerak sendiri.

Bagaimanapun, semua cabaran yang dilaluinya itu tidak melunturkan semangatnya untuk mengendalikan kerjanya sendiri.

Biarpun mempunyai seorang pembantu peribadi, penyanyi lagu Kembali Senyum dan Indah Lelapku ini merancang untuk cuba mengurus diri-sendiri tanpa menggunakan khidmat pengurus pada tiga tahun pertama ini.

“Tengok keadaan dulu, setakat ini saya belum mempunyai perancangan untuk mencari pengurus baru. Sekarang, saya selesa membuat kerja-kerja perhubungan awam dan menyusun jadual sendiri,” katanya yang telah bergelar artis sejak tahun 2004.

Bercerita tentang perkembangan terbarunya, abang kepada penyanyi Aril ini sedang sibuk menghasilkan album keduanya.

Buat pertama kalinya, dia cuba membuat lagu untuk album ini selain kali kedua membuat lirik untuk lagu sendiri.

“Saya akan merakamkan single duet dengan penyanyi dari Singapura, Maiya Rahman pada 11 Disember ini. Insya-Allah, jika tiada aral album ini akan dikeluarkan pada tahun depan,” ujarnya yang mengakui sedang menurunkan berat badan.

Selepas pulang dari mengerjakan umrah pada Mac lalu, Izwan akui berat badannya naik mendadak. Setelah melalui sesi menurunkan berat badan, kini berat badannya telah berkurangan sebanyak lima kg.

Rahsianya adalah mengawal pemakanan dengan mengelakkan makan nasi dan banyak mengamalkan sayu-sayuran.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

24 Selebriti Jual Kek Coklat

Artikel Lain