suria

Jamie Bell Berlakon 'Spider Man'?

Jamie Bell memenangi Pelakon Terbaik untuk filem Billy Elliot semasa Anugerah Filem BAFTA di London pada 25 Februari 2001. - Foto AP

AKTOR dari Britain, Jamie Bell dijangka memegang watak utama dalam siri keempat Spider Man.

Sony mengumumkan mereka akan memulakan francais dari kosong sama seperti James Bond dan Batman.

Media melaporkan mereka akan merancang untuk memfokus kepada zaman remaja Peter Parker.

Bell, bintang drama Britain 'Billy Elliot' dipercayai mendahului calon-calon lain dalam senarai terpilih.

Senarai itu termasuk Logan Lerman yang berlakon dalam filem Percy Jackson and Lightning Thief dan Robert Pattinson.

Pengarah Sam Raimi dan pemegang watak utama Tobey Maguire bakal terlibat dalam filem itu.

Artikel Lain