'Shrek 4' Ungguli Carta Filem Box Office - Hiburan | mStar

'Shrek 4' Ungguli Carta Filem Box Office

Pelakon Mike Myers (kiri) dan Antonio Banderas yang meminjamkan suara mereka dalam filem keempat Shrek itu bersama patung Shrek.
Pelakon Mike Myers (kiri) dan Antonio Banderas yang meminjamkan suara mereka dalam filem keempat Shrek itu bersama patung Shrek.

FILEM Sex and the City 2 gagal mengugat filem Shrek Forever After yang berada di puncak carta filem box office dalam tempoh dua minggu berturut-turut.

Sejak ditayangkan pada 20 Mei lalu hingga sekarang, filem yang menggunakan suara Mike Myers, Eddie Murphy dan Cameron Diaz itu sudah mengumpulkan AS$133 juta (RM433 juta).

Sementara, filem Sex and the City 2 jatuh di tangga kedua. Kisah Carrie Bradshaw dan tiga sahabatnya itu hanya mengumpul AS$32.1 juta (RM104 juta).

Tangga ketiga disandang oleh filem Prince of Persia: The Sands of Time. Filem yang diadaptasi dari permainan dan dibintangi oleh aktor Jake Gyllenhaal itu mendapat AS$30 juta (RM98 juta) pada minggu pertamanya.

Seterusnya, filem Iron Man 2 berada di tangga keempat dengan kutipan sebanyak AS$16 juta (RM52 juta) manakala Robin Hood versi Russell Crowe berada di tempat kelima dengan mendapat AS$10.3 juta (RM33 juta).

Artikel Berikut

Alyah Juara Malam Kemuncak Gah 1

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah