suria

Jack Nicholson Ajak Jessica Simpson Keluar Dengannya!

Jack Nicholson menyaksikan perlawanan bola keranjang antara Utah Jazz dan Los Angeles Lakers di Staples Center, Los Angeles pada 4 Mei 2010. - Foto AFP

AKTOR veteran Hollywood, Jack Nicholson membuktikan dia masih merupakan lelaki idaman setiap wanita dengan mengajak bintang pop, Jessica Simpson keluar dengannya.

Bintang filem The Departed itu pernah dikaitkan dengan beberapa aktres dan model termasuk Lara Flynn Boyle, Anjelica Huston dan Michelle Phillips.

Nicholson memiliki enam anak dengan pelbagai wanita.

Bintang berusia 73 tahun itu dikhabarkan akan menjemput Simpson, 29, untuk berlibur bersamanya pada satu petang nanti.

"Saya tidak tahu bagaimana Jack mendapat nombor telefon saya kerana kami tidak pernah berjumpa. Dia tanya saya jika saya ingin pergi ke rumahnya di Beverly Hills untuk makan malam," kata Simpson yang menolak tawaran itu.

Artikel Lain