suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cubaan Iwan AF8 Potong Rambut Buat "Kejutan" Tidak Menjadi

FINALIS Akademi Fantasia (AF) 8, Iwan atau nama sebenarnya, Emirza Azwan Zulazrin Chew, 20 sebenarnya ingin membuat 'kejutan' dengan penampilan rambut pendek di pentas konsert akhir tempoh hari.

Bagaimanapun, sayang sekali, imej kemas dan rapinya itu tidak membantunya menjuarai program realiti tersebut.

"Nak buat kejutan-lah. Asyik berambut panjang aje kan. Iwan nak buat sesuatu yang baru.

"Saya tak rasa imej baru saya ini menyebabkan pengundi tidak mengundi saya," katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Iwan menduduki tempat kelima dengan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) terendah sebanyak 9.01 peratus.

Iwan memberitahu, dia amat berbangga kerana bukan mudah nak masuk ke peringkat akhir lebih-lebih lagi dengan persaingan yang begitu sengit.

"Ikutkan persembahan saya tadi, saya telah membuat apa yang terbaik. Apa yang saya belajar di akademi, saya telah mempraktikkannya," katanya.

Pada malam konsert akhir, Iwan memberikan persembahan hebat menerusi lagu Relaku Pujuk (Spider) dan lagu barunya, VIP (komposer dan lirik oleh Edry KRU).

Artikel Lain