HAMPIR sebulan berpuasa, sudah pasti ramai yang sedang menyusun pelbagai agenda bersama sanak saudara dan sahabat handai untuk pulang berhari raya di kampung.
Dalam sibuk menyediakan persiapan untuk menyambut kedatangan Syawal, TV3 dan TV9 tidak terkecuali mengatur pelbagai acara istimewa dan program Aidilfitri yang menarik untuk diraikan bersama penonton sempena menyambut kemeriahan lebaran.
Bertemakan ‘Inspirasi Lebaran TV3 & Riang Ria Raya TV9’, stesen televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad ini tidak pernah menghampakan penonton setiap kali menjelangnya musim perayaan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad:
“Tagline Inspirasi Lebaran TV3 dipilih bersempena dengan ulang tahun TV3 yang ke-25 di mana kami menggunakan tagline ‘Inspirasi Hidupku’ sepanjang sambutan Jubli Perak ini.
“Penonton memberikan inspirasi kepada TV3 untuk program-program Aidilfitri yang disusun dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi menyambut kedatangan lebaran seperti pemberian duit raya kepada anak yatim, pengagihan sampul raya kepada orang ramai dan pemberian sumbangan dan baju raya kepada golongan yang memerlukan.
“Setiap tahun kedatangan Syawal memang dinanti-nantikan, jadi sudah menjadi amalan TV3 untuk sentiasa merencanakan pelbagai agenda untuk diraikan bersama bagi memastikan sambutan Aidilfitri menjadi lebih meriah dan bermakna.
“Sepanjang Ramadan, TV3 menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan fakir miskin di beberapa negeri seperti Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Sarawak dan Johor dengan menghulurkan sumbangan duit raya kepada mereka.
“Istimewa lagi tahun ini, krew kami melawat penduduk di Acheh dengan menghulurkan sumbangan duit raya dari Tabung TV3 dan juga baju raya kepada anak yatim dan fakir miskin di sana.
“Pastikan TV3 menjadi pilihan sepanjang Syawal kerana kami menyediakan program-program muzikal, hiburan, dokumentari dan drama istimewa menarik seperti ‘Akustika Raya’, ‘Mentor Raya 3’, ‘Kasih Siti’, ‘Raya di Tanah Tinggi’, ‘Raya Terapung’, ‘Rumah Kecil Tiang Seribu’, ‘Landasan Raya’ dan lain-lain lagi.
“TV3 turut menayangkan filem-filem unggul, Movie Blockbuster seperti ‘Jangan Tegur’, ‘Duyung’, ‘Sifu & Tongga’, ‘Evolusi KL Drift’ dan banyak lagi.”
Kemeriahan sambutan Aidilfitri turut dirasai terutama kepada pemandu-pemandu yang ingin pulang menyambut Hari Raya di kampung.
Untuk tahun kedua, team My TV3 bekerjasama dengan Caltex akan berada di perhentian tol sekitar Lembah Klang selama empat hari berturut-turut untuk mengagihkan 20,000 ‘goodie bag’ yang mengandungi ‘Angpau Raya’, kurma serta barangan Caltex kepada pengguna lebuhraya yang melalui tol tersebut.
Antara perhentian tol yang terlibat termasuklah Plaza Tol Jalan Duta pada 12 September, Plaza Tol Sungai Besi (13 September), Plaza Tol Damansara (14 September) dan Plaza Tol Gombak (15 September).
Pastikan pengguna lebuhraya tidak ketinggalan mendapatkan barangan istimewa ini dengan melalui plaza tol terpilih ketika waktu pengedaran iaitu dari pukul 2 petang hingga 6 petang.
Selain dari kru My TV3 yang bertugas, seramai 20 ahli My TV3 akan turut serta membantu mengagihkan barangan tersebut.
Sementara itu, TV9 juga tidak ketinggalan untuk menghiburkan penonton setianya sepanjang bulan Syawal ini.
Bulan Syawal penuh kemeriahan ini perlu disambut oleh semua golongan masyarakat tidak mengira pangkat dan darjat bersesuaian dengan tagline ‘Riang Ria Raya TV9’.
Menurut Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda:
“Kedatangan bulan Syawal ini perlulah disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana meraikan kemenangan selepas berperang dengan nafsu di bulan Ramadan.
“Namun begitu, dalam menyambut Syawal dengan penuh keriangan, kita juga seharusnya tidak lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik dan tidak dapat menyambut Syawal kali ini semeriah kita.
“Ini dapat dilihat menerusi program-program terbitan kami sepanjang bulan Syawal ini seperti program ‘Ketupat Rendang Kopi O’ yang akan meraikan ibu-ibu tunggal sekitar Kuala Lumpur dan memberi duit raya kepada anak-anak yatim dan banyak lagi program-program yang telah disusun.
“Selain daripada itu juga, TV9 dengan kerjasama LG telah menyediakan 15 buah bas bagi 15 lokasi untuk kemudahan orang ramai terutamanya penonton setia TV9 untuk balik ke kampung mereka seperti Sungai Petani, Alor Setar, Georgetown, Butterworth, Kangar, Ipoh, Taiping, Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Bandar Hilir, Seremban, Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Terengganu.”
Sambil bergembira di samping orang tersayang dan menikmati juadah raya, jangan ketinggalan untuk menghiburkan dengan sajian-sajian menarik khusus untuk penonton-penonton setia TV3 & TV9 sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Para penonton bakal disajikan dengan pelbagai aneka ragam masyarakat menerusi filem, telefilem dan program-program hiburan dan jenaka.
Program-program yang bakal dipertontonkan ini memberikan inspirasi kepada penonton dengan mesej positif yang disampaikan dan sesuai untuk hiburan seisi keluarga.
Berikut ialah program-program istimewa di TV3 & TV9 sempena Aidilfitri sepanjang bulan Syawal ini:
TV3: Raya Movies
Nana Tanjung 2- Raya pertama, 20 September, 3 petang
Duyung- Raya pertama, 20 September, 9 malam
Cicakman 1- Raya kedua, 21 September, 3 petang
Cicakman 2- Raya kedua, 21 September, 9 malam
Dunia Baru The Movie- Raya ketiga, 22 September, 3 petang
Evolusi KL Drift- Raya ketiga, 22 September, 9 malam
Qabil Khushry Qabil Igam- Raya keempat, 23 September, 3 petang
Sifu & Tongga- Raya keempat, 23 September, 9 malam
Waris Jari Hantu- Raya kelima, 24 September, 3 petang
Jangan Tegur- Raya kelima, 24 September, 9 malam
Otai- Raya keenam, 25 September, 3 petang
Sepi- Raya ke-10, 29 September, 10 malam
Akhirat- Raya ke-11, 30 September, 10 malam
Gondoruwo- Raya ke-12, 1 Oktober, 10 malam
TV3: Telemovie Raya
Salam Terakhir- Menjelang raya, 9.30 malam
Kuih Goyang Seha- Raya ketujuh, 26 September, 10 malam
Tragedi Malam Raya- 3 Oktober, 10 malam
TV3: Best of Magazine Documentary
Raya di Tanah Tinggi- Raya kedua, 21 September, 1 petang
Nostalgia Lagu Raya 2- Raya ketiga, 22 September, 1 petang
Raya Terapung- Raya keempat, 23 September, 1 petang
Rumah Kecil Tiang Seribu- Raya kelima, 24 September, 1 petang
Landasan Raya- Raya keenam, 25 September, 6 petang
TV3: Best of Musical
Akustika Raya- Raya pertama, 20 September, 5 petang
Mentor Raya 3- Raya kelapan, 27 September, 9 malam
Kasih Siti- Raya pertama, 20 September, 6.02 petang
TV3: Best of Variety
Sampaikan Raya 2009- Menjelang raya, 19 September, 11.30 malam
Salam Raya 2009- Raya pertama, 20 September, 11 pagi
Melodi Raya- Raya pertama & raya kelapan, 20 & 27 September, 12.30 tengahari
Ewah-Ewah Raya- Raya kedua, 21 September, 10 pagi
Bagus Sangat!- Raya ketiga, 22 September, 10 pagi
Lagenda Lebaran- Raya kedua, 21 September, 6 petang
Jeng Jeng Jeng- Raya ketiga, 22 September, 6 petang
Memori Idola- Raya keempat, 23 September, 6 petang
TV3: Best of Dramedy
Kecoh Petang Raya...Lagi!!!- Menjelang raya, 19 September, 5 petang
Senario: Anak Raya- Raya pertama, 20 September, 11 malam
Cili Padi Cili Kering- Raya kedua, 21 September, 11 malam
Mr. Mama Beraya- Raya ketiga, 22 September, 11 malam
Kita Dah Sampai Ke?- Raya keempat, 23 September, 10 pagi
Raya bersama Datin Wan Abe- Raya keempat, 23 September, 11 malam
Sementara program TV9 pula adalah:
Ketupat Rendang Kopi O- Raya pertama, 20 September, 8 pagi
Meriahnya Anak Ramai- Raya pertama, 20 September, 3.30 petang
Suatu Hari Di Hari Raya- Raya pertama, 20 September, 6.30 petang
Peluang Kedua- Raya pertama, 20 September, 5.36 petang
Pondok Pondok Raya- Raya pertama, 20 September, 8.30 malam
Halaqah Raya- Raya pertama, 20 September, 9.30 malam
Skrin Riang Ria Raya TV9
Ceplos Beraya- Raya pertama, 20 September, 1 petang
Enal- Raya kedua, 21 September, 1 petang
Semprit Tak Bergula- Raya ketiga, 22 September, 1 petang
Baju Raya Istimewa- Raya keempat, 23 September, 1 petang
Enot Rayalah Pulak- Raya kelima, 24 September, 1 petang
Studio Nabil Beraya Di Perth- Raya keempat & kelima, 23 & 24 September, 4.30 petang
Idola Kecil Cinderella Story- Raya keenam & ketujuh, 25 & 26 September, 4.30 petang
Cerita Hantu Malam Raya- Raya kedua sehingga kelima, 21 hingga 24 September, 8.36 malam
Abang Mak Panggil Balik- Raya kedua, 21 September, 9 hingga 10.36 malam
Takbir Rindu- Raya ketiga, 22 September, 9 hingga 10.36 malam
Madu Oh Madu- Raya keempat, 23 September, 9 hingga 10.36 malam
Raya Sedondon- Raya kelima, 24 September, 9 hingga 10.36 malam


